Memaparkan catatan dengan label petua. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label petua. Papar semua catatan

04 Disember 2010

Petua-petua Kejayaan Dunia AKhirat, Yang Menjadi Satu Kewajipan


1. Mewiridkan (membaca) al-Quran setiap hari dan bersungguh-sungguh melakukannya.

2. Membaca al-Quran dengan baik (sebutan dan tajwid), sanggup pula mendengar dan merenungi maksud pengertiannya.
Sentiasa menjaga kesihatan dengan membuat pemeriksaan dari semasa ke semasa.

3. Mengambil berat tentang kebersihan dalam semua perkara.

4. Bercakap benar dan jangan sekali-kali berdusta.

5. Menunaikan dengan tepat segala kata-kata dan janji dan jangan sekali-kali anda memungkirinya walaupun dalam keadaan paling sulit sekalipun.

6. Bersifat berani dan tahan memikul bebanan (tanggungjawab).

7. Bersikap serius dengan cara bersungguh-sungguh dalam sesuatu perkara.

8. Bersifat pemalu, halus perasaan dan mudah terasa (peka) kepada sesuatu yang baik ataupun yang buruk.

9. Berlaku adil dan benar dalam menjalankan sesuatu hukum dalam segala perkara dan jangan anda melupakan kebaikan orang lain kerana marah dan janganlah kerana sayang.

10. Bersifat belas-kasihan, pemurah dan bertolak-ansur.

11. Boleh membaca dan menulis dengan baik dan sentiasa banyak mengulang-kaji subjek-subjek yang berkaitan. Seboleh-bolehnya hendaklah memiliki (perpustakaan) sendiri walaupun kecil.

12. Berhati-hati supaya dapat menunaikan tugas dan tanggungjawab anda dengan penuh amanah tentang kelicinan dan kehalusan pekerjaannya.

13. Menuntut hak-hak anda dengan cara yang baik dan menunaikan hak-hak orang lain dengan sempurna.

14. Menyumbangkan harta anda untuk dakwah kita.

15. Berusaha sedaya upaya menghidupkan adat-adat yang bercorak Islam sebaliknya mematikan adat-adat asing dalam semua lapangan hidup.

16. Sentiasa merasai diri berada di bawah pengawasan Allah SWT, mengingati hari akhirat dan bersedia untuknya, dan hendaklah mempertingkatkan perjalanan hidup ke peringkat yang lebih tinggi dalam mendapatkan keredaan Allah dengan keazaman yang kuat.

17. Melakukan dengan baik apabila bersuci (iaitu berwuduk dengan cara menyempurnakan segala syarat dan rukunnya) dan hendaklah anda sentiasa berada di dalam keadaan berwuduk.

18. Mengerjakan sembahyang dengan cara yang betul (iaitu menyempurnakan syarat dan rukun-rukunnya) dan menunaikannya pada waktu-waktunya dengan mengutamakan sembahyang berjemaah dan sembahyang di masjid seboleh yang mungkin.

19. Sentiasa berada di dalam keadaan niat berjuang kerana Allah

20. Sentiasa memperbaharui taubat dan memohon keampunan, menjauhkan diri dari dosa-dosa besar.

21. Janganlah membazirkan masa walaupun sedikit kepada perkara-perkara yang tidak memberi faedah dan hendaklah menjauhkan diri dari perkara-perkara yang syubhah dan samar-samar hukumnya.

22. Bersungguh-sungguh melawan hawa nafsu anda sehingga mampu mengendalikannya. Anda mestilah menjaga penglihatan dan kuasailah keinginan naluri dengan cara mengarahkannya kepada perkara-perkara yang halal

23. Melepaskan diri daripada berhubung dengan sebarang badan atau kumpulan yang tidak memberi faedah kepada fikrah perjuangan saudara terutama jika saudara disuruh berbuat demikian dengan kumpulan seperti itu.

Rujukan : Kitab Apa Ertinya Saya Memeluk Islam (Bahagian Kedua)

08 Disember 2009

98 Langkah Menuju Kesempurnaan Iman

  1. Bersyukur apabila mendapat nikmat.
  2. Sabar apabila mendapat kesulitan.
  3. Tawakkal apabila mempunyai rencana/program.
  4. Ikhlas dalam segala amal perbuatan.
  5. Jangan biarkan hati larut dalam kesedihan.
  6. Jangan menyesal atas sesuatu kegagalan.
  7. Jangan berputus asa apabila menghadapi kesulitan.
  8. Jangan usik dengan kekayaan orang.
  9. Jangan hasad atau iri dengan kejayaan orang.
  10. Jangan sombong kalau memperoleh kejayaan.
  11. Jangan tamak kepada harta.
  12. Jangan terlalu ambitious akan sesuatu kedudukan.
  13. Jangan hancur kerana kezaliman.
  14. Jangan goyah kerana fitnah.
  15. Jangan berkeinginan terlalu tinggi yang melebihi kemampuan diri.
  16. Jangan campuri harta dengan harta yang haram.
  17. Jangan sakiti ayah dan ibu.
  18. Jangan usir orang yang meminta-minta.
  19. Jangan sakiti anak yatim.
  20. Jauhkan diri daripada dosa-dosa besar.
  21. Jangan membiasakan diri dengan melakukan dosa-dosa kecil.
  22. Banyak berkunjung ke rumah Allah (masjid).
  23. Lakukan shalat dengan ikhlas dan khusyu'.
  24. Lakukan shalat waktu di awal waktu, berjemaah di masjid.
  25. Biasakan shalat malam.
  26. Perbanyakkan zikir dan doa kepada Allah.
  27. Lakukan puasa wajib dan puasa sunat.
  28. Menyayangi dan menolong fakir miskin.
  29. Jangan ada rasa takut kecuali hanya kepada Allah SWT.
  30. Jangan marah berlebih-lebihan.
  31. Cintailah seseorang dengan tidak berlebih-lebihan.
  32. Bersatulah kerana Allah dan berpisahlah kerana Allah.
  33. Berlatihlah konsentrasi pikiran.
  34. Peganglah kepada janji apabila berjanji dan meminta maaf apabila kerana sesuatu sebab yang tidak dapat dipenuhi.
  35. Jangan mempunyai musuh kecuali iblis/syaitan.
  36. Jangan percaya pada ramalan manusia.
  37. Jangan terlalu takut miskin.
  38. Hormatilah setiap orang.
  39. Jangan terlalu takut kepada manusia.
  40. Jangan sombong, takabur dan besar kepala.
  41. Berlakulah adil dalam segala urusan.
  42. Biasakan istighfar dan taubat kepada Allah.
  43. Hiasi rumah dengan bacaan al-Quran.
  44. Perbanyakkan silaturrahim.
  45. Tutup aurat " sesuai dengan petunjuk Islam.
  46. Bicaralah secukupnya.
  47. Beristeri/Bersuami apabila sudah siap segalanya.
  48. Hargai masa, disiplinkan masa dan manfaatkan waktu.
  49. Biasakan hidup bersih, tertib dan teratur.
  50. Jauhkan diri daripada penyakit penyakit batin.
  51. Sediakan waktu untuk santai bersama keluarga.
  52. Makanlah secukupnya tidak kekurangan dan tidak berlebihan.
  53. Hormatilah guru dan para ulama.
  54. Selalu berselawat kepada nabi.
  55. Cintai keluarga Rasulullah SAW.
  56. Jangan terlalu banyak berhutang.
  57. Jangan mudah berjanji.
  58. Selalu ingat akan saat kematian dan sedar bahawa kehidupan dunia adalah kehidupan sementara.
  59. Jauhkan diri daripada perbuatan yang tidak berfaedah seperti berbual kosong.
  60. Bergaullah dengan orang yang soleh.
  61. Selalu bangun pada lewat malam, berdoa dan beristighfar.
  62. Lakukan ibadah haji dan umrah apabila sudah mampu.
  63. Memaafkan orang lain yang berbuat salah terhadap kita.
  64. Jangan berdendam dan jangan ada keinginan membalas kejahatan dengan kejahatan.
  65. Jangan membenci seseorang kerana fahaman dan pendiriannya.
  66. Jangan benci kepada orang yang membenci kita.
  67. Berlatih untuk berterus terang dalam membuat sesuatu pilihan.
  68. Ringankan beban orang lain dengan menolong mereka.
  69. Jangan melukai hati orang lain.
  70. Jangan membiasakan diri berkata dusta.
  71. Berlakulah adil walaupun kita sendiri mendapat kerugian.
  72. Jagalah amanah dengan penuh tanggungjawab.
  73. Laksanakan segala tugas dengan penuh keikhlasan dan kesungguhan.
  74. Hormatilah orang lain yang lebih tua dari kita.
  75. Jangan membuka aib orang lain.
  76. Lihatlah orang yang lebih miskin dari kita dan lihatlah orang yang berprestasi daripada kita.
  77. Ambillah pengajaran daripada pengalaman orang-orang yang arif dan bijaksana.
  78. Sediakan masa untuk renung apa yang sudah dilakukan.
  79. Jangan sedih kerana miskin dan jangan sombong kerana kaya.
  80. Jadilah manusia yang selalu berguna untuk agama, bangsa dan negara.
  81. Kenali kekurangan diri dan kenali kelebihan orang lain.
  82. Jangan membuat orang lain menderita dan sengsara.
  83. Berkatalah yang baik-baik atau tidak berkata apa-apa.
  84. Hargai prestasi dan pemberian orang.
  85. Jangan habiskan masa dengan hiburan dan kesenangan.
  86. Akrablah dengan setiap orang, walaupun yang bersangkutan tidak menyenangkan.
  87. Sediakan masa untuk berolahraga sesuai dengan norma-norma agama dan sesuai dengan kondisi diri kita.
  88. Jangan buat sesuatu yang menyebabkan fizikal atau mental kita terganggu.
  89. Ikutilah nasihat orang-orang yang arif dan bijaksana.
  90. Pandai-pandailah untuk melupakan kesalahan orang dan pandai-pandailah untuk melupakan jasa kita.
  91. Jangan buat sesuatu yang menyebabkan orang lain terganggu dan jangan berkata sesuatu yang dapat menyebabkan orang lain terhina.
  92. Jangan cepat percaya dengan berita negatif yang berkaitan dengan kawan kita sebelum dipastikan kebenarannya.
  93. Jangan menunda-nunda pelaksanaan tugas dan kewajipan.
  94. Sambutlah hulurang tangan setiap orang dengan penuh keakraban dan keramahan dan tidak berlebihan.
  95. Jangan menyeksa diri untuk melakukan sesuatu yang diluar kemampuan diri.
  96. Waspada dengan setiap ujian, cubaan, dugaan dan tentangan. Jangan lari dari kenyataan hidup.
  97. Yakinlah bahawa setiap kebajikan akan melahirkan kebaikan dan setiap kejahatan akan melahirkan KEROSAKAN.
  98. Jangan gembira dengan penderitaan orang lain dan jangan kaya dengan memiskinkan orang lain.

18 Jun 2009

Petua Memilih Gadis JELITA

Yang paling kukuh keimanan ialah berkawan kerana Allah, bermusuhan kerana Allah, cinta kerana Allah dan membenci kerana Allah. (Hadis Riwayat Tabarani dari Ibnu Abbas r.a)

Mengapakah teruna memilih gadis jelita? Kata orang, gadis seperti ini menyejukkan serta menggembirakan hati. Betulkah begitu?

Gadis ltu pada asasnya bererti wanita yang belum bernikah. Walaupun begitu, perkataan 'gadis' juga digunakan bagi menggambarkan kesucian seseorang wanita. Wanita yang sudah ternoda sebelum berkahwin digelar ‘sudah tiada gadis' atau 'sudah tiada dara'. Umumnya, pengertian pertama iaitu wanita yang belum bernikah digunakan secara formal sedangkan yang kedua itu adalah gelaran yang diberikan secara
berbisik-bisik.

Alam gadis merupakan alam yang paling manis bagi seseorang wanita. Semasa inilah seseorang wanita ltu akan mencapai tahap mekarnya dan keayuannya. Pada masa inilah wanita ltu mula dipanggil 'bergetah' jika kita hendak meminjam bidalan Soekarno. Bila dipandang, banyak hati lelaki akan tergoda. Ada gadis yang 'boleh tahan' dan ada gadis yang 'tak boleh tahan'. Gadis yang 'boleh tahan' biasanya dianggap manis tapi tidaklah jelita. Yang 'tak boleh tahan' pula adalah gadis yang sungguh cantik menawan. Ramai lelaki yang tergoda kepada gadis 'tak boleh tahan' ini apatah lagi jika gadis itu sendiri pandai pula menggoda dan mempermainkan perasaan lelaki.

Tidak dapat dinafikan bahawa lelaki teruna sememangnya tertarik pada rupa dan bentuk fizikal gadis. Itulah yang menjadi asas mengapa mereka lebih memberi perhatian. Ada orang berpendapat bahawa gadis yang cantik lebih beruntung kerana lelaki melayaninya dengan lebih baik, mesra dan lemah-lembut.

Janganlah sekali-kali seorang lelaki berduaan saja dengan seorang wanita, melainkan dengan didampingi seorang muhrim. - Hadis Rasulullah riwayat Bukhari dari Ibnu Abbas r.a.

Biasanya teruna akan terpikat dan terpesona dengan kecantikan si gadis dahulu, kemudian barulah si teruna menyelidiki perangai si gadis. Ini menyebabkan ramai lelaki terperangkap, menyesal atau menderita, terutamanya bila sudah terlanjur dan tidak boleh berundur lagi sedangkan baru tahu bahawa si gadis ltu teruk perangainya atau sudah ternoda. Walaupun 'mata yang belum berisi pengalaman' itu tertarik pada rupa yang cantik, sebenarnya jodoh bagi hati adalah hati juga, bukannya rupa. Maksudnya pada akhirnya gadis yang hatinya paling suci sesuci hatinyalah yang
dipilih oleh teruna untuk dikahwini. Berikut adalah petua-petua sekiranya anda ingin memilih gadis jelita menjadi lsteri anda:

Elakkan Dari Berkawan Dengannya
Dengan merapati dan berkawan dengan si gadis, kecantikan hati ini sebenarnya sukar untuk dinilai oleh lelaki. Selalunya yang dilihat semuanya 'baik, sopan dan elok' apatah lagi pada masa itu sang teruna sedang mahu, dia hanya nampak yang elok. Si gadis pula mungkin hanya berpura-pura jadi baik dan sopan untuk memikat teruna. Itulah sebabnya ada yang membidalkan bahawa 'Yang bercahaya tidak semestinya emas' dan 'Yang cantik tidaklah semestinya permata'. Maka elakkan dari berkawan dengannya untuk mengelakkan anda dari terpesona dan terpedaya.

Di atas kejelitaan yang tiada tara bergantunganlah kehancuran yang tiada tara. (Bidalan ltali).

Lakukan Risikan Secara Rahsia
Kecantikan hati biasanya boleh dinilai oleh pengamatan rahsia si teruna bersama keluarga teruna terhadap si gadis. Risikan rahsia lni adalah untuk mengetahui bagaimanakah tingkahlaku si gadis itu bila dia berada bersama keluarganya sendiri. Adakah si gadis dari jenis yang suka berjalan, bergaul bebas, atau suka menolong ibunya memasak, rajin berkemas dan taat dalam beribadat akan dapat ditentukan dengan lebih jelas.
Pihak teruna juga boleh mengetahui perihal moral si gadis dengan menyelidiki ke manakah si gadis itu suka pergi di hujung minggu atau di masa lapangnya. Jika dia gemar pergi ke tempat yang kurang baik, besar kemungkinan dia mempunyai sifat-sifat yang kurang baik pula.

Kejelitaan dan kegembiraan tidak akan bersatu lama.
-Goethe


Walaupun pada asasnya cara menyelidik begitu, atau dipanggil 'merisik' ini tidak begitu disukai oleh si gadis sendiri, ia adalah jalan yang dianggap lebih baik dari cara berkawan dengan si gadis, membawanya ke mana suka, dan 'menyelidik' dengan bertanya pada gadis itu atau hasil memperhatikan tingkahlakunya di depan mata.

Cari Yang Duduk Bersama lbubapa
Sebenarnya alam gadis terdedah kepada pelbagai gejala yang tidak begitu menyenangkan. Terdapat lebih banyak unsur negatif dari yang positif di luar rumah, malah, bagi sesetengah keluarga ianya berlaku dalam rumah sendiri. Si gadis, yang masih dalam peringkat belajar hidup mudah terpengaruh kepada unsur-unsur negatif yang boleh merosakkan kesuciannya serta kebaikan perangainya. Ini kerana unsur-unsur negatif biasanya
memberikan keseronokan dan nikmat tetapi kenikmatan ini berakhir sebentar saja disusuli pula oleh sesalan dan kemuraman mungkin seumur hidup.

Wanita jelita tidak bernasib baik dan teruna yang
bijak tidak cantik. - Bidalan Cina


Cari Yang Pandai Mengurus Rumahtangga
Pada zaman sekarang, masa remaja si gadis bererti masa sebagai pelajar sekolah menengah, pra-universiti dan pusat pengajian tinggi. Bagi gadis-gadis ini, masa untuk mereka belajar menjadi 'wanita' dari ibu adalah amat terhad, jika ada, praktikannya hanya dalam jangkamasa pendek. Kesempatan untuk berada di dapur amatlah terhad pada hujung minggu serta semasa cuti. Akibatnya, semakin ramai gadis yang berorientasikan
kerja makan gaji dan tidak berorientasikan mengurus rumahtangga.

Cari Yang Hormat Kepada Orang Tua
Selidikilah apakah dia gadis yang tahu menghormati orang tua. Ini penting kerana dia nanti akan bersua, bertandang ataupun duduk bersama ibubapa anda. Walau betapa cantik pun dia, jika dia tidak menghormati ibu dan bapa mertuanya, dia akan menyebabkan anda menjadi
serba-salah dalam menangani kehidupan anda.

Kejelitaan wanita, gema hutan dan pelangi, akan wujud
sebentar saja. - Bidalan Jerman


Cari Yang Pandai Menjaga Kehormatan
Hal ini juga dapat diperhatikan di kalangan gadis-gadis yang tidak begitu berjaya dalam pelajaran. Lebih ramai yang suka bekerja makan gaji dari membantu lbu di rumah atas alasan meringankan beban keluarga. Bagi gadis yang mudah 'lupa' masa inilah mereka akan jadi rosak. Mereka akan keluar dengan lelaki tanpa segan silu, mula memakai pakaian yang ketat dan menjolok mata serta belajar berbagai cara dari rakan sebaya untuk memikat lelaki. lbubapa yang tidak mengawasi gerak-geri anak gadisnya mungkin akan menyebabkan gadis itu menjadi gadis murahan.

Cari Yang Tidak Bebas Dengan Lelaki
Pada zaman dahulu, ada lbubapa yang sengaja tidak menghantar anak perempuannya ke sekolah. Takut nanti jadi perempuan jahat akibat dapat bergaul dengan lelaki secara bebas. Bila zaman semakin moden, pemikiran cara ini dianggap sudah usang. Ramai pula menganggap adalah lebih baik bagi wanita bersekolah asalkan saja di sekolah dia dilengkapi dengan input tatasusila dan adat apatah lagi agama.

Wahai si jelita jangan banggakan wajahmu, ianya hanya
tamu yang akan berundang beberapa hari saja.- Bidalan
Hindustan

Cari Yang Didikan Agamanya Cukup
Beredarnya zaman perlu mengambil kira faktor sekeliling si gadis. Jelas pada kita bahawa cara hidup gadis sekarang sudah jauh berbeza berbanding gadis satu atau dua dekad silam. Namun, dari sudut nalurinya adalah sama saja. Zaman gadis adalah zaman mencari identiti dan cuba mengekalkan identiti itu. Jika terdedah dia kepada yang buruk maka buruklah jadinya. Walaupun begitu, gadis yang mendapat didikan yang baik
besar kemungkinan akan menjadi wanita yang berguna kepada negara dan agama malah boleh menjadi contoh teladan sama ada kepada wanita mahupun lelaki.

Kadangkala lebih baik wanita buta dari wanita yang
terlalu jelita. - Bidalan Servia


Cari Yang Berpegang Teguh Pada Suruhan Agama
Ada empat sebab utama mengapa teruna memilih seseorang gadis, kerana kecantikannya, kerana hartanya, kerana keserasian taraf dan kerana agama. Yang akan membahagiakan ialah memilih gadis yang beragama. Dimanakah letaknya nilai gadis yang cantik? Letaknya ialah pada keimanan gadis itu. Jika dia cantik dan dia pula beriman, berharta dan setaraf pula, maka dialah yang masuk ke dalam kategori gadis yang 'tak boleh
tahan'. Tapi sedarlah, dia akan memilih lelaki yang baik-baik pula!


Bertunang Jangan Lama
Blia anda sudah melamarnya, jangan tunggu lama-lama. Nikahlah dengan segera kerana gadis jelita, ramai yang ingin menggodanya. Elakkan dari membawanya ke sana-sini kerana ini akan menerbitkan cemburu di hati lelaki yang jahat serta membahayakan keselamatan si gadis. Petua orang tua-tua, kalau boleh, semasa bertunang perlulah berahsia, semasa bernikah perlulah dihebahkan agar semua orang tahu.

Katakan kepada wanita bahawa dia jelita, dan syaitan
akan mengulangi kata itu kepadanya sepuluh kali. -
Bidalan tali



Kahwini Dia Ketika Usianya Masih Muda
Hal lni mungkin dianggap satu kontroversi oleh ramai orang tapi la merupakan kebenaran yang sukar untuk dinafikan. Mengahwini gadis jelita ketika umumya masih muda remaja dapat membantunya agar selamat dari godaan dan gangguan lelaki yang tidak bertanggungjawab. Ramai gadis jelita yang telah rosak kerana merosakkan diri atau dirosakkan. Ibubapa seharusnya melepaskan anaknya untuk dikahwini lebih awal dan jangan membuat alasan bahawa anaknya masih belajar atau baru bekerja.

Seorang gadis, sama ada dahulu ataupun sekarang, layak berkahwin blia dia sudah berumur kira-kira 13 tahun.
Ramai orang mungkin berflkir anda gila mengahwini gadis semuda itu, tapi siapakah sebenarnya yang gila jika gadis jelita seperti ltu besar kemungkinannya akan ternoda? Cuma, lbubapa patutlah mempastikan bahawa anak gadis mereka mendapat suamiyang baik serta bertanggungjawab.

Wanita jelita yang kurang bernasib baik akan berjumpa
lebih ramai pencinta berbanding suami.- Bidalan Jerman



Elakkan Dari Terlalu Cemburu
Memang sudah menjadi adat dunia, gadis yang cantik jelita memang menjadi idaman teruna, suami orang mahupun duda. Elakkan dari menaruh perasaan cemburu. Yang penting ialah sejauh manakah anda telah bertindak untuk memilikinya. Bila si gadis telah menjadi isteri anda, didiklah dia agar dia menjaga kehormatannya serta taat pada agama.

Layan Dia Dengan Baik
Walau betapa jelita pun dia, seorang gadis tidak memandang pada paras rupa anda. Yang penting bila anda berkahwin dengannya ialah cinta anda kepadanya. Cinta bukan bermakna anda mahu ambil bulan bawa ke ribanya. Cinta pada wanita ialah memahami jiwa mereka dan melayani mereka
dengan baik. Bila dia sudah cinta pada anda seluruh jiwa raganya, dia tidak akan mudah tergoda dengan lelaki lain. Dia akan hanya anggap anda sebagai pengarang jantung dan buah hatinya.

Kejelitaan wanita yang tidak berguna itu ibarat racun
dalam cembul emas.- Bidalan Tamil


Bertanggungjawab
Walau betapa jelita pun dia, seorang gadis mahukan lelaki yang mampu menjaganya dengan baik, menguruskan kebajikannya serta memimpinnya menjadi wanita yang baik serta taat pada agama. Lelaki yang mereka mahukan ialah yang bertanggungjawab terhadap anak-anak serta
menghormati pula ibubapa si gadis.

25 Februari 2009

Kunci segala kejayaan

Dunia akan membuatmu tertawa pada suatu hari. Tetapi esoknya, ia akan membuatmu menangis,kerana keburukannya....

1.Kunci kemuliaan :Taat kepada ALLAH dan rasul-NYA


2.Kunci rezeki :Berusaha disertai dengan beristigfar dan bertakwa

3.Kunci surga :Mengesakan ALLAH (tauhid)

4.Kunci keimanan:Berpikir tentang ayat-ayat ALLAH dan makhluk-makhuk ciptaan-NYA.

5.Kunci kebajikan :Kejujuran

6.Kunci kehidupan hati :Merenungi (tadabbur) al-Quran, mengadu kepada ALLAH pada waktu sebelum fajar, dan meninggalkan dosa

7.Kunci ilmu :Bertanya dan mendengar dengan baik

8.Kunci kemenangan dan kesuksesan :Kesabaran

9.Kunci Keberuntungan :KeTaqwaan

10.Kunci bertambahnya nikmat :Bersyukur

11.Kunci mencintai akhirat :Zuhud terhadap dunia

12.Kunci agar dikabulkan oleh ALLAH :Berdoa

....dan bersabarlah terhadap apa yang menimpa kamu .... (Luqman; 31:17)