22 Oktober 2011

Muhasabah diri kita wahai Ummah!

Rasulullah SAW bersabda:

“Satu hari nanti kamu akan dikerumuni musuh, sebagaimana semut menggerumuni makanan”

Sahabat-sahabat bertanya:

“Apakah kami ketika itu sedikit ya Rasulullah?”

Rasulullah SAW menjawab:

“Tidak, bahkan kamu ramai. Tetapi hanya seperti buih di lautan”

Seperti buih di lautan. Seperti buih di lautan. Seperti buih di lautan.

Sabda Rasulullah SAW yang masyhur akan keadaan ummatnya pada akhir zaman, tergiang-giang di dalam kepalaku. Ak-47 kurapatkan di dada. Teman setiaku beberapa tahun kebelakangan ini. Kulayan seperti salah sebuah bahagian tubuhku.

Sekarang aku sedang bertahan bersama sekumpulan kumpulan pejuang yang lain. Israel memecah masuk kawasan kami secara mengejut semalam dan melakukan kemusnahan yang besar. Mujur, plan kecemasan dapat berjalan dengan baik, maka bilangan yang terkorban amat sedikit. Kini, bandar ini telah kosong dan yang tinggal hanya pejuang-pejuang sahaja.

Dalam kesejukan malam yang mencecah 0 darjah celcius ini, fikiran aku menerawang kepada nasib kami, penduduk tanah berdarah Palestina.

Sampai bila agaknya kami akan begini?

Tiba-tiba bahuku dicuit. Aku menoleh, kelihatan Abu Syahid sedang tersenyum ke arahku. Terang cahaya rembulan membuatkan wajahnya yang bersih tampak bersinar.

“Pejuang tidak boleh leka wahai Asad.”

Aku mengemaskan pegangan senjataku. Kami ditugaskan mengawal di bahagian hadapan. Menanti musuh yang melalui di kawasan ini untuk melancarkan serangan hendap.

“Apa yang kamu fikir-fikirkan hingga kulihat seakan-akan rohmu sudah terawang-awangan?” Abu Syahid menyoal. Walaupun umurnya lebih tua, dan pengalamannya lebih luas, dia memang terkenal dengan sikap ramah dengan mereka yang lebih muda daripadanya.

“Hanya terfikir akan nasib kita” Aku menjawab pendek. Segan sebenarnya.

Abu Syahid mengangguk. “Apa maksud nasib kita?”

“Ya la, nasib bumi kita ini, nasib diri kita ini”

“Kau rasa menyesal dengan nasib yang Allah berikan ini?”

Aku menggeleng. Sesekali tidak. Walaupun orang melihat ini satu bencana, aku melihat ini satu kemuliaan. Peluang berjihad di jalan Allah, peluang mengorbankan nyawa, dan peluang untuk mencapai syahid. Kemuliaan apakah yang lebih besar daripada kemuliaan ini?

“Saya cuma terfikir akan masa hadapan kita”

“Kau rasa kita tiada masa hadapan?”

Sekali lagi aku menggeleng. “Bukankah Allah telah berjanji tidak akan mensia-siakan kita?”

Abu Syahid menguntum senyum. “Habis, apa yang kau gusarkan?”

“Bila semua ini akan berakhir?” Aku menghela nafas.

“Bila ummat terislah” Jawapan pendek Abu Syahid, membuatkan aku diam dan berfikir.

Bila ummat terislah. Tambah aku teringat akan hadith riwayat Abu Daud tadi.

“Kalau begitu, tidak akan berakhir la perjuangan kita ini?” Aku mendalami mata Abu Syahid.

Abu Syahid ketawa kecil. “Akan berakhir, apabila ummah ini terislah”

Dan aku diam. Abu Syahid pula tidak menyambung kalamnya. Perhatian kami terus tertumpu pada suasana sekeliling. Rembulan terang hari ini, menemani penjagaan kami.

*****

“Usamah nak ikut abang” Tangan kecilnya menarik seluarku. Ditarik mengejut, membuatkan kifayeh di leherku melebar ke dada. Aku membetulkan kifayehku, sekaligus duduk memandang mata biru Usamah.

“Sayang, sayang tinggal di rumah dengan ibu. Abang mungkin tidak akan pulang”

Dan aku keluar tanpa memandang ke belakang lagi. Tangisan Usamah selepas itu tidak menghentikan langkahanku. Yang menemaniku hanyalah Ak-47 warisanku daripada ayah yang telah syahid, dan keimanan aku yang tidak tergugah kepada Allah SWT.

“Ibu redha kamu sayang, ibu redha” Itu kata-kata ibu dengan linangan air mata.

Bom!

Bumi bergegar. Ledakan bom yang amat kuat mengejutkan aku dari lena.

“Yallah, bergerak mengikut rancangan, bergerak!” Abu Syahid sebagai ketua pertahanan mengeluarkan arahan.

Aku terus bergerak ke posisi yang telah ditetapkan. Kami menggunakan teknik Khalid Al-Walid semasa peperangan Mu’tah untuk mengabui musuh dengan membuatkan bilangan kami kelihatan ramai.

Bulan terang merupakan kekurangan kepada kami yang cuba bersembunyi dalam kegelapan malam, namun ini juga kelebihan kami untuk mengesan kehadiran mereka. Kami seakan-akan seri.

Aku tidak terus membedil. Memandangkan bekalan peluru kami amat sedikit, aku lebih senang memerhatikan sasaran aku terlebih dahulu, dan menembak dengan tepat. Tidak membazirkan peluru aku. Kelebihan yang Allah berikan kepada aku adalah, mata aku amat tajam.

Aku membidik beberapa kali pada kelibat-kelibat yang mampu ditangkap oleh mataku. Setiap bidikan menamatkan nyawa. Aku amat arif dengan pakaian ketenteraan Israel. Kami telah mengkaji di bahagian mana peluruh boleh menembusi tubuh mereka.

Rakan-rakanku yang lain membedil dengan ganas tanpa memberikan peluang tentera-tentera Israel bergerak maju ke hadapan.

“Wama ramaita iz ramaita walakinnallaha rama!” Abu Syahid menjerit sebelum melepaskan tembakan bazooka.

Peluru menuju tepat ke lubang penembak kereta kebal, menyebabkan kereta kebal itu meletup dengan kuat sekali. Kedudukan tentera Israel semakin jelas dengan cahaya dari api yang keluar. Aku mengambil peluang ini dengan membidik mati beberapa orang lagi tentera Isarel.

“Ubah posisi!” Abu Syahid mengeluarkan arahan. Tembakan Abu Syahid tadi menjelaskan kedudukan kami, menyebabkan bangunan tempat kami bersembunyi diketahui. Tentera Israel mula menumpukan perhatiannya ke arah kami. Perkara ini sudah kami jangka. Kami bergerak ke posisi seterusnya. Bangunan tempat kami bertahan, ditinggalkan.

Baru sahaja kami keluar dari bangunan itu, letupan besar berlaku menyebabkan tingkat tempat kami berlindung tadi roboh dan hancur. Satu lagi kereta kebal mereka menyerang.

Ketika ini, kami dapat mendengar tembakan bertalu-talu di kawasan tentera Israel. Satu lagi kumpulan penyerang sedang melaksanakan tugas. Mereka dari sudut yang berbeza, bertindak sebagai pengkucar kacir barisan tentera Israel.

Strategi ini akan membuatkan kami kelihatan amat ramai, walaupun sebenarnya satu pasukan kami, hanya 10 orang sahaja yang beraksi. Malam ini, sekitar 3 kumpulan sahaja yang dihantar untuk menguruskan tentera Israel yang memecah masuk kawasan ini.

“Tenang, tenang ya syabab” Abu Syahid menepuk-nepuk dadaku.

Aku mengoyak sengih. Aku tenang. Aku tenang. Peluru baru kumasukkan, mengganti kelonsong-kelonsong kosong.

Kami menyerang lagi selepas tentera Israel mula menumpukan perhatian mereka ke pasukan yang lagi satu. Keadaan mereka kucar kacir. Siapa yang lebih tahu akan kawasan ini daripada kami? Hanya Allah.

Aku membidik dengan sepenuh perhatian. Bunyi letupan dan tembakan peluru sudah menjadi musik harian aku. Semenjak ibu melepaskan aku sebagai seorang mujahid, aku tidak lagi berhajatkan apa-apa melainkan kemenangan di tangan muslimin. Aku tidak kisah tidur di mana sahaja, aku tidak kisah makan minum apa sahaja, aku tidak kisah mandi atau tidak. Aku hanya kisah perjuangan aku, dan hubungan aku dengan Allah SWT.

Inilah hakikat menjadi mujahid. Hidup bukan mudah, jalan hidup ditaburi duri-duri terpacak. Kalau dunia itu ada di dalam hati, maka ini tidak akan mampu dilalui. Kecuali selepas melepaskan dunia daripada hati, maka tiadalah apa-apa yang dihargai oleh diri ini melainkan apa yang Allah redhai.

Dan aku sentiasa mengharapkan, aku adalah orang yang disabdakan oleh Rasulullah SAW:

Rasulullah SAW bersabda:

“Akan sentiasa ada segolongan dari ummatku yang menegakkan kebenaran, dan berjuang menentang musuh mereka. Barangsiapa yang cuba menghampakan mereka, sesekali tidak akan dapat melukakan mereka, mahupun oleh kesusahan yang menimpa mereka, sehingga datang keputusan Allah, dan mereka akan tetap sedemikian”

Sahabat-sahabat bertanya:

“Wahai Rasulullah, di manakah mereka ini?”

Rasulullah SAW menjawab:

“Di Baitul Maqdis, dan sekitar Baitul Maqdis”

“Takbir! Takbir! Takbir!”

Kami menyahut dengan Allahuakbar, sambil terus terusan membidik musuh.

Inilah harian kami. Kami, yang berada di sekeliling Baitul Maqdis.

****

“MasyaAllah ya syabab, kamu nampak amat bersemangat” Abu Syahid menepuk belakang tubuhku.

Aku menggeleng. “Abu Syahid, apa bezanya denganmu? Walaupun berumur tetap tangkas> Berapa kereta kebal telah kamu letupkan semalam?”

“Tiadalah kamu yang meletupkan itu apabila kamu meletupkan itu, melainkan Allah jugalah yang meletupkannya”

Saya ketawa. Abu Syahid, amat merendah diri. Tawadu’, itu antara ciri-ciri kepimpinan yang ada dalam semua pemimpin kami. Walaupun dia seorang general yang hebat, tetap mempunyai ciri seperti ini. Sebenarnya, kata-kata Abu Syahid tadi adalah maksud firman Allah SWT yang sering dibacakannya sebelum menembak.

“Dan tidaklah kamu yang melontar ketika kamu melontar melainkan Allah jugalah yang melontar”

Segalanya, diserahkan kepada Allah SWT.

“Alhamdulillah, Allah beri kemenangan kepada kita”

“Alhamdulillah” Aku dan rakan-rakan yang lain menjawab.

“Tapi Abu Syahid, kemenangan ini belum muktamad. Bila agaknya bumi ini akan dibebaskan oleh Allah SWT?” Ahmad Khaffajah bersuara.

“Esok akan ada peperangan lagi, lusa akan ada peperangan lagi, dan begitulah seterusnya ya Abu Syahid. Bila semua ini akan berakhir?” Ayyub, seorang lagi sahabatku bersuara.

Abu Syahid mengukir senyuman. “Bila ummat terislah”

“Saya sebenarnya tidak faham. Apa maksud Abu Syahid apabila ummat terislah? Kita sudah memperkuatkan diri kita semenjak beberapa tahun ke belakangan ini. Kita telah menang pilihan raya dan berjaya melepasi hari-hari sukar apabila Israel membedil tanah kita, bukankah kita sudah ada kekuatan untuk menumbangkan mereka?” Muhannat, rakan rapatku dalam kumpulan ini seakan tidak berpuas hati.

Aku juga ingin mengetahui jawapan Abu Syahid. Sebenarnya, bukan Abu Syahid sahaja. Semua kepimpinan kami, kalau ditanya bila peperangan ini akan berakhir, maka mereka akan menjawab: Bila ummat terislah. Kami tidak faham.

Sedangkan, kami amat arif betapa tentera kami sudah cukup bersedia untuk menumbangkan Tel Aviv. Semenjak beberapa tahun kebelakangan ini, walaupun kami tahu teknologi mereka sudah meningkat, tetapi mereka tetap tidak mampu menembusi sempadan kawasan kami. Semua peperangan kami dengan mereka, berakhir dengan kemenangan di pihak kami.

Walaupun bilangan tentera kami lebih sedikit, dan senjata kami tidaklah setaraf dengan senjata mereka, tetapi kami mempunyai kekuatan yang mereka tiada. Malah, strategi kami amat ampuh. Pembuat-pembuat senjata dan letupan kami juga semakin hebat.

Kenapa perlu menanti ummah ini terislah? Berapa lama itu?

Abu Syahid memandang kami semua. “Apakah kamu sudah bosan dengan harian kamu?”

“Tidak ya Abu Syahid, cuma hati kami tercalar-calar melihat tanah ini dinodai. Kami ingin menghentikannya segera” Muntasir Billah, seorang lagi ahli kami menjawab.

“Kalau niat kita benar hendak membersih bebaskan tanah ini, maka kita kena bersabar sehingga ummat terislah”

“Itu yang kami tidak faham wahai Abu Syahid. Kenapa kena menunggu ummat ini terislah?”

“Sebab apa yang jadi pada kita hari ini, adalah teguran Allah SWT kepada ummah kita ini”

Dan kami diam. Tiada siapa menyambung tanya, tiada siapa membalas jawab.

Apa yang berlaku ke atas kami ini teguran kepada ummah?

“Hanya apabila yang ditegur itu tersedar dan menerima teguran, hanya ketika itu teguran ini akan diangkat dan diselesaikan urusannya” Abu Syahid terus tersenyum. Bazookanya disangkut di belakang tubuh.

“Ayuh, kita gerak” Dia mengeluarkan arahan dalam bentu ajakan, terlebih dahulu melangkah dari kami.

Kami mengikut dalam diam.

Di dalam kepala, aku berfikir.

*****

Api yang menyala sedikit menghangatkan suasana. Sejuk hingga sampai ke tulang sum-sum sedikit reda.

“Asadullah, bagaimana kamu?” Satu suara menyapa selepas salam dikeluarkan.

Aku mengangkat kepala. Sinan, senior dalam pergerakan perjuangan ini bergerak mendekati aku.

“Duduk sahabat” Aku memberi ruang. Dia pun duduk.

“Kenapa aku nampak kau macam berfikir panjang? Teringat keluarga kah?”

“Terfikir bila kita boleh menang”

“Bila ummat…” Dan aku pantas memotong biocara Sinan, “Terislah?”

Sinan tersenyum manis. “Ya.”

“Kenapa begitu? Kenapa kita tidak boleh terus sahaja menyerang Tel Aviv dan meruntuhkan kezaliman Yahudi walaupun kita berkemampuan? Sudah lebih 60 tahun tanah Allah ini dinodai” Aku masih tidak faham.

“Sebab, kita tidak berjuang hanya untuk membebaskan sebidang tanah.”

“Eh?” Aku tambah hairan.

“Hal Palestina, bukan hal kita sahaja. Palestina, bukan tanah kita semata-mata. Palestina, adalah masalah ummah. Ini tanah suci ketiga ummah kita. Dan walaupun ini tarafnya tanah suci, ummah kita tetap membuta mata dengan situasinya yang ternoda. Ini, menandakan ummah kita ada masalah” Sinan berbicara.

“Jadi, apa kata kita runtuhkan Tel Aviv sahaja, dan mengakhiri kesengsaraan ini?”

Sinan menggeleng. “Kalau ummah tidak terislah, maka kejayaan kita adalah sia-sia”

“Kenapa?”

“Bayangkan, kita berjaya merampas Palestina dari Israel, kemudian?”

“Kemudian?”

“Tidakkah kau melihat betapa seluruh musuh-musuh Allah di pelusuk dunia akan menumpukan serangan mereka ke arah kita? Ketika itu bagaimana?”

Aku diam. Ya. Kalau kami berjaya, maka pastinya ini akan menggemparkan dunia. Negara-negara besar seperti Amerika Syarikat tidak akan berdiam diri dan menunggu lama. Pastinya, semua kekuatan akan ditumpukan kepada kami.

“Kau nampak sekarang? Kalau ummah kita seperti hari ini, masih lagi nafsi-nafsi, bergaduhan, tidak bersatu, bacul, pengecut, tidak mengambil Islam sebagai perlembagaan, maka siapa yang akan bersama dengan kita ketika dunia menumpukan seluruh kekuatannya untuk menghapuskan kita?”

Tiada. Akhirnya, semua perjuangan, pengorbanan sebelum ini akan menjadi sia-sia sahaja.

“adakah kau nak mengharapkan ummah kita yang tidak menjalankan perintah Allah?”

Tidak. Mustahil.

“Adakah kau hendak mengharapkan ummah kita yang mengingkari Allah?”

Lagi mustahil.

“Adakah kau hendak mengharapkan bantuan mereka yang tidak mengambil Islam sebagai cara hidup?”

Tidak. Kalau Islam tidak diambil sebagai cara hidup, bagaimana hendak mengorbankan diri dalam membantu agama Allah?

“Dan ketahuilah Asad, bahawa ummat kita sedang terkena penyakit-penyakit cinta dunia ini. Mustahil mereka ini, akan membantu kita melainkan mereka ini terislah kepada yang benar semula”

“Wahn?”

Sinan mengangguk. Wahn adalah perkataan yang membawa maksud cinta dunia dan takut mati. Rasulullah SAW pernah bersabda akan wahn apabila berbicara berkenaan kelemahan ummat akhir zaman.

“Sebab itu, kita terus bersabar. Tugas kita, adalah bertahan dan menjaga apa yang masih ada.”

“Habis, bagaimana dengan ummah yang perlu diislah kalau betul itu sahaja penyelesaiannya?”

Sinan menghela nafas. “Di sinilah ujiannya. Hendak membebaskan Palestina, perlu amal jama’ie. Amal Jama’ie, tidak semestinya buat satu kerja sama-sama. Tapi kita buat banyak kerja, untuk capai satu matlamat yang sama. Amal jama’ie tidaklah bermakna kita di sini berperang, yang lain pun kena perang juga. Amal Jama’ie di sini yang diperlukan adalah, kita berusaha bertahan, dan masyarakat di luar sana berusaha mengislah diri mereka”

“Patut la…” Aku teringat sesuatu.

“Patut la apa?”

“Aku teringat yang Khaled Mesy’al ada berkata apabila orang bertanya apa yang perlu dilakukan oleh orang di luar Palestina, dia menjawab: Kamu bergeraklah mengislah ummah di kawasan kamu, agar kembali kepada Islam yang sebenar. Itu, adalah bantuan terbesar kamu untuk kami”

Sinan tersenyum. “Ya, sebab tanpa kesedaran dan pengislahan ummah, maka Palestina ini tetap tidak akan terbebas sampai bila-bila”

Baru aku faham. Jihad kami bukan jihad semata-mata merampas semula satu kawasan yang dijajah. Jihad kami adalah bertahan, sambil terus-terusan memperkuat dan memperhebatkan diri, menanti ummah di luar sana bergerak mengislah diri mereka, dan akhirnya barulah bersatu dan membebaskan tanah mulia ini. Amal Jama’ie.

“Habis, bagaimana mereka di luar sana?” Aku bertanya lagi.

“Jangan risau akan hal itu. Kalau di Palestina ada kita, di negara-negara lain pun ada orang-orang seperti kita. Cuma mereka mungkin tidak mengangkat senjata. Mereka bergerak mengislah masyarakat dengan fikrah mereka, mengajak ummah agar kembali kepada Islam yang sebenarnya”

“Benar kah?”

“Benar, bukan kita sahaja yang faham penyelesaian kepada masalah Palestina ini”

Aku gembira. Aku rasa sangat gembira. Maka sekarang, tugas kami adalah bertahan, terus-terusan menjaga tanah ini. Aku rasa bersemangat, aku nampak matlamat aku. Ak-47 kupeluk erat, meluahkan gembiraku kepadanya.

Sinan terus tersenyum. Kami memandang langit bersama-sama.

Moga Allah mencampakkan hidayah kepada semua yang berada di luar sana.

Kami akan terus bertahan, menanti kebangkitan saudara-saudara kami di luar sana untuk sedar dan bergabung perjuangan dengan kami nanti. Bila tiba saatnya, kami akan memenangi peperangan ini, seterusnya disokong seluruh saudara kami di luar sana.

Senyuman aku tidak lekang, melalui malam.

Wahai ummah, aku memanggil-manggil kamu.

05 Ogos 2011

Lelaki Kacak bersama Jenazah.


Rasulullah S.A.W bersabda : 'Bila seseorang lelaki itu mati dan saudaranya sibuk dengan pengebumiannya, berdiri lelaki yang betul-betul kacak di bahagian kepalanya. Bila mayatnya dikapan, lelaki itu berada di antara kain kapan dan si mati. Selepas pengebumian, semua orang pulang ke rumah,...... 2 malaikat Mungkar dan Nakir, datang dalam kubur dan cuba memisahkan lelaki kacak ini supaya mereka boleh menyoal lelaki yang telah meninggal itu seorang diri mengenai ketaatannya kepada Allah. Tapi lelaki kacak itu berkata, Dia adalah temanku, dia adalah kawanku. Aku takkan meninggalkannya seorang diri walau apa pun. Jika kamu ditetapkan untuk menyoal, lakukanlah tugasmu. Aku tidak boleh meninggalkannya sehingga aku dapati dia dimasukkan ke dalam Syurga.'

Selepas itu dia berpaling pada temannya yang meninggal dan berkata,'Aku adalah Al-Quran, yang mana kamu membacanya, kadang-kadang dengan suara yang nyaring dan kadang-kadang dengan suara yang perlahan. Jangan bimbang. Selepas soal siasat dari Mungkar dan Nakir, kamu tidak akan bersedih.' Selepas soal siasat selesai, lelaki kacak mengatur untuknya daripada Al-Mala'ul A'laa (malaikat dalam Syurga) tempat tidur dari sutera yang dipenuhi bauan kesturi Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) bersabda :'Di hari pengadilan, di hadapan Allah, tiada syafaat yang lebih baik darjatnya daripada Quran, mahupun dari nabi atau malaikat.' Sila sebarkan Hadis ini kepada semua .......kerana 'Sampaikan pengetahuan dari ku walaupun hanya satu ayat.

Kredit : Group cinta ALLAH kekal abadi [FB]

04 Ogos 2011

Kelebihan Ramadhan

Bulan Ramadhan merupakan bulan yang mempunyai banyak kelebihan. Kedatangannya selepas dua bulan yang juga tidak kurang keistimewaannya iaitu Rejab dan Sya'ban. Bagi tujuan menyuburkan rasa tanggungjawab dan rasa ingin menambahkan ibadat kepada Allah sepanjang Ramadhan ini, di sini dibawa beberapa hadis yang menceritakan mengenai kelebihannya.

1. Abu Hurairah menyatakan : Telah bersabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud : Apabila telah tibanya Ramadhan, dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup segala pintu neraka dan diikat segala syaitan. -Hadis dikeluarkan oleh imam Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad dan Baihaqi-

2. Daripada Abu Hurairah daripada Rasulullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud :Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan nescaya akan diampuninya segala dosanya yang telah lalu. - Diriwayat oleh imam Nasai'e, Ibn majah, Ibn Habban dan Baihaqi-

3. Abu Hurairah telah berkata : Aku telah mendengar Rasulullah S.A.W bersabda tentang Ramadhan yang bermaksud : Sesiapa yang mendirikannya(Ramadhan) penuh keimanan dan keikhlasan diampunkan baginya apa dosanya yang telah lalu. - Hadis riwayat Bukhari, Muslim, Tarmizi, Abu Daud, Nasai'e,Malik,Ahmad dan Baihaqi-

4. Daripada Abu Hurairah telah berkata: Rasullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud : Sembahyang yang difardhukan kepada sembahyang yang sebelumnya merupakan penebus apa antara keduanya, dan Jumaat kepada Jumaat yang sebelumnya merupakan penebus apa antara keduanya, dan bulan kepada bulan(iaitu Ramadhan) merupakan kaffarah apa antara keduanya melainkan tiga golongan : Syirik kepada Allah, meninggalkan sunnah dan perjanjian (dilanggar). Telah berkata Abu Hurairah : Maka aku tahu perkara itu akan berlaku, maka aku bertanya: Wahai Rasulullah! adapun syirik dengan Allah telah kami tahu, maka apakah perjanjian dan meninggalkan sunnah? Baginda S.A.W bersabda : Adapun perjanjian maka engkau membuat perjanjian dengan seorang lain dengan sumpah kemudian engkau melanggarinya maka engkau membunuhnya dengan pedang engkau, manakala meninggal sunnah maka keluar daripada jamaah(Islam).-Hadis riwayat Ahmad, Al-Hakim, dan Baihaqi-

5. Daripada Abi Soleh Az-zayyat bahawa dia telah mendengar Abu Hurairah berkata: Rassullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud : Setiap amalan anak Adam baginya melainklan puasa maka ia untukKu dan Aku akan membalasnya. Dan puasa adalah perisai, maka apabila seseorang berada pada hari puasa maka dia dilarang menghampiri(bercumbu) pada hari itu dan tidak meninggikan suara.Sekiranya dia dihina atau diserang maka dia berkata : Sesungguhnya aku berpuasa demi Tuhan yang mana diri nabi Muhammad ditanganNya maka perubahan bau mulut orang berpuasa lebih harum di sisi Allah pada hari qiamat daripada bau kasturi, dan bagi orang berpuasa dua kegembiraan yang mana dia bergembira dengan keduanya apabila berbuka dia bergembira dengan waktu berbukanya dan apabila bertemu Tuhannya dia gembira dengan puasanya. -Hadis riwayat imam Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad, Ibn Khuzaimah, Ibn Habban dan Baihaqi-

PENERANGAN HADIS

1. Semua hadis menceritakan betapa besarnya kelebihan bulan Ramadhan untuk kita sama-sama menghidupkannya dengan segala amalan sunnah.

2. Pintu syurga dibuka sepanjang Ramadhan, manakala pintu neraka pula ditutup. Ini menggambarkan bagaimana Allah begitu mengasihani hambaNya yang taat beribadat dan menurut segala perintahNya.

3. Syaitan diikat sepanjang bulan Ramadhan agar kita dapat menunaikan segala ibadat dengan penuh keikhlasan. Tetapi kita perlu ingat bahawa kawan syaitan yang berada pada diri kita iaitu nafsu akan menggantikan tugas syaitan jika kita lalai.

4. Pentingnya keikhlasan dan keimanan kita dalam menunaikan ibadat.

5. Puasa mampu menjadi perisai diri daripada terjebak ke lembah maksiat, begitu juga ia mampu menghapuskan segala dosa-dosa yang lepas jika kita benar-benar bertaubat.

6. Kita mesti menghidupkan sunnah yang mana yang paling besar ialah berada dalam jemaah Islam terutama di dalam mengembalikan semula khilafah Islamiah yang telah lama dihancurkan iaitu pada 1924.

7. Jauhkan daripada syirik pada Allah sama ada berbentuk perbuatan, niat ataupun percakapan. Kita mesti mematuhi segala perjanjian yang dibuat selagi tidak melanggar hukum syarak.

8. Kita mesti berpuasa pada semua anggota bukannya pada makan dan minum sahaja.

9. Bau mulut orang berpuasa lebih harum daripada bauan kasturi.

10. Orang berpuasa akan mengecapi dua kegembiraan iaitu ketika berbuka dan apabila bertemu Allah kelak.

11. Di dalam menunaikan ibadat puasa kita mesti banyak bersabar dan jangan suka berbual kosong apatah meninggikan suara apabila bercakap.

Biografi

1. Kitab Fadhailul Awqat oleh imam Al-Baihaqi,ditahqiq oleh Adnan Abdul Rahman MajidAl-Qaisi,Maktabah Al-Mnarah,Makkah.

2. Fathul Bari syarah sohih Bukhari oleh Ibn Hajar Al-'Asqalani

3. Syarah sohih Muslim oleh imam An-Nawawi.


Credit to : http://www.ashtech.com.my/bulanislam/

05 Januari 2011

Surah Maryam




Surah Maryam (سورة مريم) adalah surah ke-19 dalam Al Qur'an. Surah ini terdiri atas 98 ayat dan termasuk golongan surah-surah Makkiyyah kerana hampir seluruh ayatnya diturunkan sebelum Nabi Muhammad SAW hijrah ke Madinah, bahkan sebelum sahabat-sahabat beliau hijrah ke negeri Habsyah. Menurut riwayat Ibnu Mas'ud, Ja'far bin Abi Thalib membacakan permulaan surah Maryam ini kepada raja Najasyi dan pengikut-pengikutnya pada waktu dia turut serta hijrah bersama-sama sahabat-sahabat yang lain ke negeri Habsyah.

Surah ini dinamai Maryam, kerana surah ini mengandungi kisah Maryam (atau Maria dalam agama kristian), ibu Nabi Isa a.s.. Surah ini menceritakan kelahiran yang ajaib, dimana Maryam melahirkan Isa A.S. sedang belum mengahwini dengan mana-mana laki-laki. Kelahiran Isa A.S. tanpa ayah, merupakan suatu bukti kekuasaan Allah SWT. Pengutaraan kisah Maryam sebagai kejadian yang luar biasa dan ajaib dalam surah ini, diawali dengan kisah kejadian ajaib lainnya, iaitu dikabulkannya doa nabi Zakaria a.s. oleh Allah SWT, dimana ia ingin dianugerahi seorang putera sebagai pewaris dan pelanjut cita-cita dan kepercayaannya, sedang usianya sudah sangat tua dan isterinya adalah wanita yang mandul.

Isi Kandungan


1. Keimanan: Allah berbuat sesuatu menurut yang dikehendaki-Nya sekali pun ia menyimpang dan hukum-hukum alam; Isa A.S. bukan anak Allah kerana mustahil Allah mempunyai anak; Jibril AS turun kepada rasul-rasul membawa wahyu atas perintah Allah; pada hari kiamat orang kafir menghadap Allah dengan sendirinya, semua manusia akan menghadap Tuhan sebagai hamba.

2. Kisah-kisah: Allah mengabulkan doa Zakaria A.S. untuk memperolehi anak; kisah kelahiran Isa A.S. tanpa ayah; kisah Ibrahim A.S. dengan bapanya; Musa AS seorang yang dipilih oleh Allah; Ismail A.S. seorang yang benar dalam janjinya; Idris A.S. seorang yang sangat kuat kepercayaannya.

3. Dan lain-lain: Ancaman terhadap orang yang meninggalkan solat dan mengikuti hawa nafsunya serta khabar gembira untuk orang-orang yang telah taubat dan mengerjakan amal-amal yang soleh; keadaan di syurga; membiarkan orang yang sesat setelah diberi petunjuk bergelimang dalam kesesatannya adalah sunnah Allah.

surah maryam juga baik utk ibu-ibu mengandung, menguatkan rahim dan membantu perkembangan otak janin menjadi genius dan cergas.insya-allah.

Maryam Binti Imran




Maryam yang disebut-sebut dalam kisah Zakaria adalah anak tunggal dari Imran seorang daripada pemuka-pemuka dam ulama Bani Isra’il. Ibunya saudara ipar dari Nabi Zakaria adalah seorang perempuan yang mandul yang sejak bersuamikan Imran belum merasa berbahagia jika belum memperoleh anak. Ia merasa hidup tanpa anak adalah sunyi dan membosankan. Ia sangat mendambakan keturunan untuk menjadi pengikat yang kuat dalam kehidupan bersuami-isteri, penglipur duka dan pembawa suka di dalam kehidupan keluarga. Ia sangat akan keturunan sehingga bila ia melihat seorang ibu menggandung bayinya atau burung memberi makan kepada anaknya, ia merasa iri hati dan terus menjadikan kenangan yang tak kunjung lepas dari ingatannya.


Tahun demi tahun berlalu, usia makin hari makin lanjut, namun keinginan tetap tinggal keinginan dan idam-idaman tetap tidak menjelma menjadi kenyataan. Berbagai cara dicubanya dan berbagai nasihat dan petunjuk orang diterapkannya, namun belum juga membawa hasil. Dan setelah segala daya upaya yang bersumber dari kepandaian dan kekuasaan manusia tidak membawa buah yang diharapkan, sedarlah isteri Imran bahawa hanya Allah tempat satu-satunya yang berkuasa memenuhi keinginannya dan sanggup mengaruniainya dengan seorang anak yang didambakan walaupun rambutnya sudah beruban dan usianya sudah lanjut. Maka ia bertekad membulatkan harapannya hanya kepada Allah bersujud siang dan malam dengan penuh khusyuk dan kerendahan hati bernadzar dan berjanji kepada Allah bila permohonannya dikalbulkan, akan menyerahkan dan menghibahkan anaknya ke Baitul Maqdis untuk menjadi pelayan, penjaga dan memelihara rumah suci itu dan sesekali tidak akan mengambil manfaat dari anaknya untuk kepentingan dirinya atau kepentingan keluarganya.

Harapan isteri Imran yang dibulatkan kepada Allah tidak tersia-sia. Allah telah menerima permohonannya dan mempersembahkan doanya sesuai dengan apa yang telah disuratkan dalam takdir-Nya bahwa dari suami isteri Imran akan diturunkan seorang nabi besar. Maka tanda-tanda permulaan kehamilan yang dirasakan oleh setiap perempuan yang mengandung tampak pada isteri Imran yang lama kelamaan merasa gerakan janin di dalam perutnya yang makin membesar. Alangkah bahagia si isteri yang sedang hamil itu, bahawa idamannya itu akan menjadi kenyataan dan kesunyian rumah tangganya akan terpecahlah bila bayi yang dikandungkan itu lahir. Ia bersama suami mulai merancang apa yang akan diberikan kepada bayi yang akan datang itu. Jika mereka sedang duduk berduaan tidak ada yang diperbincangkan selain soal bayi yang akan dilahirkan. Suasana suram sedih yang selalu meliputi rumah tangga Imran berbalik menjadi riang gembira, wajah sepasang suami isteri Imran menjadi berseri-seri tanda suka cita dan bahagia dan rasa putus asa yang mencekam hati mereka berdua berbalik menjadi rasa penuh harapan akan hari kemudian yang baik dan cemerlang.

Akan tetapi sangat benarlah kata mutiara yang berbunyi: “Manusia merancang, Tuhan menentukan.” Imran yang sangat dicintai dan sayangi oleh isterinya dan diharapkan akan menerima putera pertamanya serta mendampinginya dikala ia melahirkan, tiba-tiba direnggut nyawanya oleh Izra’il dan meninggallah isterinya seorang diri dalam keadaan hamil tua, pada saat mana biasanya rasa cinta kasih sayang antara suami isteri menjadi makin mesra.

Rasa sedih yang ditinggalkan oleh suami yang disayangi bercampur dengan rasa sakit dan letih yang didahului kelahiran si bayi, menimpa isteri Imran di saat-saat dekatnya masa melahirkan. Maka setelah segala persiapan untuk menyambut kedatangan bayi telah dilakukan dengan sempurna lahirlah ia dari kandungan ibunya yang malang menghirup udara bebas. Agak kecewalah si ibu janda Imran setelah mengetahui bahawa bayi yang lahir itu adalah seorang puteri sedangkan ia menanti seorang putera yang telah dijanjikan dan bernadzar untuk dihibahkan kepada Baitulmaqdis. Dengan nada kecewa dan suara sedih berucaplah ia seraya menghadapkan wajahnya ke atas: “Wahai Tuhanku, aku telah melahirkan seorang puteri, sedangkan aku bernadzar akan menyerahkan seorang putera yang lebih layak menjadi pelayan dan pengurus Baitulmaqdis. Allah akan mendidik puterinya itu dengan pendidikan yang baik dan akan menjadikan Zakaria, iparnya dan bapa saudara Maryam sebagai pengawas dan pemeliharanya.”

Demikianlah maka tatkala Maryam diserahkan oleh ibunya kepada pengurus Baitulmaqdis, para rahib berebutan masing-masing ingin ditunjuk sebagai wali yang bertanggungjawab atas pengawasan dan pemeliharaan Maryam. Dan karena tidak ada yang mau mengalah, maka terpaksalah diundi diantara mereka yang akhirnya undian jatuh kepada Zakaria sebagaimana dijanjikan oleh Allah kepada ibunya.

Tindakan pertama yang diambil oleh Zakaria sebagai petugas yang diwajibkan menjaga keselamatan Maryam ialah menjauhkannya dari keramaian sekeliling dan dari jangkauan para pengunjung yang tiada henti-hentinya berdatangan ingin melihat dan menjenguknya. Ia ditempatkan oleh Zakaria di sebuah kamar diatas loteng Baitulmaqdis yang tinggi yang tidak dapat dicapai melainkan dengan menggunakan sebuah tangga.Zakarian merasa bangga dan bahagia beruntung memenangkan undian memperolehi tugas mengawasi dan memelihara Maryam secara sah adalah anak saudaranya sendiri. Ia mencurahkan cinta dan kasih sayangnya sepenuhnya kepada Maryam untuk menggantikan anak kandungnya yang tidak kunjung datang. Tiap ada kesempatan ia datang menjenguknya, melihat keadaannya, mengurus keperluannya dan menyediakan segala sesuatu yang membawa ketenangan dan kegembiraan baginya. Tidak satu hari pun Zakaria pernah meninggalkan tugasnya menjenguk Maryam.

Rasa cinta dan kasih sayang Zakaria terhadap Maryam sebagai anak saudara isterinya yang ditinggalkan ayahnya meningkat menjadi rasa hormat dan takzim tatkala terjadi suatu peristiwa yang menandakan bahawa Maryam bukanlah gadis biasa sebagaimana gadis-gadis yang lain, tetapi ia adalah wanita pilihan Allah untuk suatu kedudukan dan peranan besar di kemudian hari.

Pada suatu hari tatkala Zakaria datang sebagaimana biasa, mengunjungi Maryam, ia mendapatinya lagi berada di mihrabnya tenggelam dalam ibadah berzikir dan bersujud kepada Allah. Ia terperanjat ketika pandangan matanya menangkap hidangan makanan berupa buah-buahan musim panas terletak di depan Maryam yang lagi bersujud. Ia lalu bertanya dalam hatinya, dari manakah gerangan buah-buahan itu datang, padahal mereka masih lagi berada pada musim dingin dan setahu Zakaria tidak seorang pun selain dari dirinya yang datang mengunjungi Maryam. Maka ditegurlah Maryam tatkala setelah selesai ia bersujud dan mengangkat kepala: “Wahai Maryam, dari manakah engkau memperolehi rezeki ini, padahal tidak seorang pun mengunjungimu dan tidak pula engkau pernah meninggalkan mihrabmu? Selain itu buah-buahan ini adalah buah-buahan musim panas yang tidak dapat dibeli di pasar dalam musim dingin ini.”
Maryam menjawab: “Inilah pemberian Allah kepadaku tanpa aku berusaha atau minta. Dan mengapa engkau merasa hairan dan takjub? Bukankah Allah Yang Maha Berkuasa memberikan rezekinya kepada sesiapa yang Dia kehendaki dalam bilangan yang tidak ternilai besarnya?”
Demikianlah Allah telah memberikan tanda pertamanya sebagai mukjizat bagi Maryam, gadis suci, yang dipersiapkan oleh-Nya untuk melahirkan seorang nabi besar yang bernama Isa AS

Kisah lahirnya Maryam dan pemeliharaan Zakaria kepadanya dapat dibaca dalam Al-Quran surah Ali Imran ayat 35 hingga 37 dan 42 hingga 44.

04 Januari 2011

Sejarah Penuh Israk Mi'raj - Kembara ke Sidratul Muntaha

KEMBARA KE SIDRATUL MUNTAHA 64


Keajaiban di Langit Ketiga.
Pertemuan Rasulullah saw dengan Nabi Yusuf a.s.
Keajaiban di Langit Keempat.
Pertemuan dengan Nabi Idris.
Sejarah Nabi Idris a.s.
Kisah Nabi Idris menyucuk mata Iblis.
Bila zaman Nabi Idris?
Kisah Nabi Syith/ Seth/ Set.
Kematian Habil digantikan dengan Syith.
Kisah Nabi Idris merasai mati, melawat neraka dan enggan keluar dari syurga.



KEMBARA KE SIDRATUL MUNTAHA 65


Bagaimana Nabi Idris boleh dibenarkan tinggal di syurga?
Nabi-nabi lain yang mungkin masih hidup?
Hadis Imam Thabrani tentang kisah Nabi Idris.
Asal nama Azura?
Keajaiban di Langit Kelima.
Pertemuan Rasulullah dengan Nabi Harun.
Nabi yang janggutnya terpanjang?

Sekiranya ingin mengetahui dengan lebih lanjut, bolehlah lawati halaqah.

08 Disember 2010

Mimpi Menjadi Kenyataan

"Bangun!Bangun!" isteri Abu Bakar mengejutkan anak gadisnya, Aisyah. Antara anak-anak Abu Bakar yang lain adalah Asma, Abdullah dan Abdul Rahman. Mereka semua dilahirkan di Mekah. Masing-masing memainkan peranan dalam mengembangkan Islam.

Abu Bakar adalah antara orang yang awal memeluk agama Islam yang disampaikan oleh Nabi Muhammad SAW. Beliau menjadi orang kepercayaan Nabi Muhammad dan mendapat gelaran as-Siddiq yang bermakna "Orang yang Membenarkan".

Abu Bakar adalah teman akrab Nabi Muhammad. Beliau berketurunan Bani Taim, suku bangsa Quraisy yang terkenal sebagai pedagang yang berjaya.

Mata Aisyah terkebil-kebil menatap wajah ibunya yang berseri-seri kegembiraan. Beliau melihat dengan penuh tanda tanya, mengapa tiba-tiba sahaja sikap ibunya begitu ceria."Mengapa ibu?"

"Dalam mimpi tadi,ibu melihat sesuatu yang menakjubkan!"

"Bertenanglah ibu. Apa yang ibu mimpikan?"

"Ibu melihat bintang-bintang berguguran jatuh ke dalam bilikmu sehingga cahaya itu menyinari seluruh rumah dan negeri ini. Ibu memungut cahaya itu dan menyusunnya menjadi kalung yang bercahaya. Tiba-tiba, kalung cahaya itu terbang mengelilingi ruang rumah kita dan perlahan-lahan ia turun dan berpaut di lehermu!"

Aisyah tersenyum mendengar kisah mimpi yang diceritakan oleh ibunya. Namun cerita itu terganggu apabila suaminya tiba-tiba muncul dengan wajah yang berseri-seri.

"Mengapa pula wajahmu begitu ceria sekali?"tanya isteri Abu Bakar. Seri di wajahnya masih terserlah bersama senyuman anak gadisnya, Aisyah. Abu Bakar segera mendapatkan anak gadisnya Aisyah. Aisyah menatap wajah ibu dan ayahnya dengan penuh tanda tanya.

"Ayah ucapkan tahniah pada kurniaan Allah kepadamu!" Isteri dan anak gadisnya menatap wajah Abu Bakar. Mereka tidak sabar menunggu penjelasannya. Isterinya tersenyum tanpa mengetahui apa yang dimaksudkan oleh suaminya."Apakah maksud kata-katamu itu?"

Abu Bakar tersenyum lebar. Beliau menoleh ke arah anak gadisnya Aisyah. "Hari ini kamu dipinang oleh Nabi Muhammad! Inilah kebahagiaan di dunia dan di akhirat. Kamu menjadi ibu orang beriman. Di akhirat pula kamu menjadi penghulu wanita. Alangkah bertuahnya kamu!"

Hanya air mata yang mampu menggambarkan kegembiraan mereka anak-beranak. Aisyah menitiskan air mata syukur atas kurniaan Allah ke atasnya.

"Inilah tafsir daripada mimpiku tadi," bisik isteri Abu Bakar.

Selang beberapa waktu Abu Bakar dipilih bagi menemani Nabi Muhammad berpindah ke Madinah. Selama 3 hari mereka berdua bersembunyi di Gua Thur. Anak-anak Abu Bakar menjaga rahsia persembunyian itu. Aisyah membantu kakaknya Asma menyediakan bekalan makanan. Manakala saudara mereka Abdullah berulang alik setiap hari menghantarnya.

Selepas selamat tiba ke Madinah, Abu Bakar menguruskan perpindahan isteri dan anak-anaknya pula.Beberapa orang sahabat rapatnya diamanahkan membawa keluarganya ke Madinah. Kumpulan orang Islam Mekah yang berhijrah ke Madinah dikenali sebagai Muhajirin. Perbezaan cuaca di Madinah menyebabkan ramai kaum Muhajirin jatuh sakit. Mereka menghidap demam yang teruk. Aisyah turut sama merawat mereka terutamanya ayahnya,Abu Bakar.

Aisyah hanya berpeluang bersama suaminya selama sepuluh tahun sahaja. Pada tahun ke-11 Hijrah, Nabi Muhammad wafat. Jawatan pemimpin Islam kemudiannya dipegang oleh Abu Bakar, sahabat rapat Nabi Muhammad dan juga bapa mertuanya.

Kecerdasan akal Aisyah terserlah.Beliau mempunyai daya ingatan yang baik sejak kecil lagi dan banyak merekodkan hadis-hadis Nabi.Beliau menjadi tempat rujukan penting terutama dalam isu yang melibatkan wanita. Beliau juga mahir berpidato. Masanya diisi dengan mengembangkan kefahaman Islam di kalangan masyarakat dan menyampaikan pelbagai ilmu berkaitan dengan Islam.

Aisyah binti Abu Bakar meninggal dunia pada tahun 58 Hijrah. Ketika itu, pemerintahan Islam di bawah pimpinan Muawiyah bin Abu Sufian.

04 Disember 2010

Petua-petua Kejayaan Dunia AKhirat, Yang Menjadi Satu Kewajipan


1. Mewiridkan (membaca) al-Quran setiap hari dan bersungguh-sungguh melakukannya.

2. Membaca al-Quran dengan baik (sebutan dan tajwid), sanggup pula mendengar dan merenungi maksud pengertiannya.
Sentiasa menjaga kesihatan dengan membuat pemeriksaan dari semasa ke semasa.

3. Mengambil berat tentang kebersihan dalam semua perkara.

4. Bercakap benar dan jangan sekali-kali berdusta.

5. Menunaikan dengan tepat segala kata-kata dan janji dan jangan sekali-kali anda memungkirinya walaupun dalam keadaan paling sulit sekalipun.

6. Bersifat berani dan tahan memikul bebanan (tanggungjawab).

7. Bersikap serius dengan cara bersungguh-sungguh dalam sesuatu perkara.

8. Bersifat pemalu, halus perasaan dan mudah terasa (peka) kepada sesuatu yang baik ataupun yang buruk.

9. Berlaku adil dan benar dalam menjalankan sesuatu hukum dalam segala perkara dan jangan anda melupakan kebaikan orang lain kerana marah dan janganlah kerana sayang.

10. Bersifat belas-kasihan, pemurah dan bertolak-ansur.

11. Boleh membaca dan menulis dengan baik dan sentiasa banyak mengulang-kaji subjek-subjek yang berkaitan. Seboleh-bolehnya hendaklah memiliki (perpustakaan) sendiri walaupun kecil.

12. Berhati-hati supaya dapat menunaikan tugas dan tanggungjawab anda dengan penuh amanah tentang kelicinan dan kehalusan pekerjaannya.

13. Menuntut hak-hak anda dengan cara yang baik dan menunaikan hak-hak orang lain dengan sempurna.

14. Menyumbangkan harta anda untuk dakwah kita.

15. Berusaha sedaya upaya menghidupkan adat-adat yang bercorak Islam sebaliknya mematikan adat-adat asing dalam semua lapangan hidup.

16. Sentiasa merasai diri berada di bawah pengawasan Allah SWT, mengingati hari akhirat dan bersedia untuknya, dan hendaklah mempertingkatkan perjalanan hidup ke peringkat yang lebih tinggi dalam mendapatkan keredaan Allah dengan keazaman yang kuat.

17. Melakukan dengan baik apabila bersuci (iaitu berwuduk dengan cara menyempurnakan segala syarat dan rukunnya) dan hendaklah anda sentiasa berada di dalam keadaan berwuduk.

18. Mengerjakan sembahyang dengan cara yang betul (iaitu menyempurnakan syarat dan rukun-rukunnya) dan menunaikannya pada waktu-waktunya dengan mengutamakan sembahyang berjemaah dan sembahyang di masjid seboleh yang mungkin.

19. Sentiasa berada di dalam keadaan niat berjuang kerana Allah

20. Sentiasa memperbaharui taubat dan memohon keampunan, menjauhkan diri dari dosa-dosa besar.

21. Janganlah membazirkan masa walaupun sedikit kepada perkara-perkara yang tidak memberi faedah dan hendaklah menjauhkan diri dari perkara-perkara yang syubhah dan samar-samar hukumnya.

22. Bersungguh-sungguh melawan hawa nafsu anda sehingga mampu mengendalikannya. Anda mestilah menjaga penglihatan dan kuasailah keinginan naluri dengan cara mengarahkannya kepada perkara-perkara yang halal

23. Melepaskan diri daripada berhubung dengan sebarang badan atau kumpulan yang tidak memberi faedah kepada fikrah perjuangan saudara terutama jika saudara disuruh berbuat demikian dengan kumpulan seperti itu.

Rujukan : Kitab Apa Ertinya Saya Memeluk Islam (Bahagian Kedua)

19 November 2010

Cerita Anjing dan Lembu


LEMBU : Hai anjing, apa habaq? Macam ada yg tak kena je?

ANJING : Aku tengah tension nih. Mau je aku gigit manusia tadi.

LEMBU : Eh? kenapa?

ANJING : aku lalu tepi dua orang manusia lelaki dan perempuan yg sedang berkepit. Tetiba si lelaki terperanjat dan terus melompat dan berkata “hoi anjing, pergi jauh-jauh, najis!

LEMBU : Ya, lah. Ko kan haram. Najis tahap berat bagi manusia. Biasalah tu.

ANJING : Kalau aku najis sekali pon, kalau dia tersentuh aku, boleh disamak. Yang dia sentuh dan raba-raba awek dia tu apa? Boleh ke nak samak dosa?

LEMBU : Betul tu. Memegang wanita yg bukan mahramnya tanpa ikatan yg sah, lebih dahsyat kenajisannya daripada memegang ko anjing, malah tak boleh suci sekalipun disamak.

ANJING : Wah.. ayat ko memang power la… manusia kena ubah pepatah “Pandai macam LEMBU”
Sedikit Penjelasan:


Daripada satu hadis yang diriwayatkan daripada ibnu Majah menyatakan bahawa


“Bergomolan dengan babi (khinzir) itu adalah lebih baik berbanding dengan bersentuhan (secara sengaja) dengan wanita yang bukan mahram”.


Bersentuhan (dengan sengaja & apatah lagi bertujuan syahwat) adalah berdosa dan wajib bertaubat (bagi membersihkan dosa). Sedangkan menyentuh anjing tidaklah berdosa dan hanya perlu disuci (bukan bertaubat). Menyentuh anjing bukanlah satu kesalahan (dosa) atau maksiat. Tetapi, menyentuh wanita bukan mahram adalah berdosa dan merupakan maksiat.



Di dalam satu riwayat hadis yang lain yang maksudnya,


“Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya. (Riwayat At Tabrani dan Baihaqi)” “Katakanlah lagi (kepadanya): Adakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui? Sesungguhnya orang-orang yang dapat mengambil pelajaran dan peringatan hanyalah orang-orang yang berakal sempurna”. (Surah Zumar: 9)

15 Oktober 2010

Rindu Nabi Muhammad Terhadap Kita

Adakah kita merindui Nabi Muhammad SAW setiap hari? Atau kita hanya merasa rindu ketika sambutan Maulid Nabi? Fikir-fikirkan.

Mari kita renungi sebuah kisah yang menunjukkan betapa baginda amat merindui kita; umat akhir zaman.

...

Suasana di majlis pertemuan itu hening sejenak. Semua yang hadir diam membatu. Mereka seperti sedang memikirkan sesuatu. Lebih-lebih lagi Saidina Abu Bakar.
Itulah pertama kali dia mendengar orang yang sangat dikasihi melafazkan pengakuan demikian.
Seulas senyuman yang sedia terukir dibibirnya pun terungkai.
Wajahnya yang tenang berubah warna.

"Apakah maksudmu berkata demikian wahai Rasulullah? Bukankah kami ini saudara-saudaramu? " Saidina Abu Bakar bertanya melepaskan gumpalan teka-teki yang mula menyerabut fikiran.

"Tidak, wahai Abu Bakar. Kamu semua adalah sahabat-sahabatku tetapi bukan saudara-saudaraku (ikhwan)," suara Rasulullah bernada rendah.

"Kami juga ikhwanmu, wahai Rasulullah," kata seorang sahabat yang lain pula.

Rasulullah menggeleng-gelangkan kepalanya perlahan-lahan sambil tersenyum.

Kemudian baginda bersuara, "Saudaraku ialah mereka yang belum pernah melihatku tetapi mereka beriman denganku sebagai Rasulullah dan mereka sangat mencintaiku. Malahan kecintaan mereka kepadaku melebihi cinta mereka kepada anak-anak dan orang tua mereka."

Pada ketika yang lain pula, Rasulullah menceritakan tentang keimanan 'ikhwan' baginda: "Siapakah yang paling ajaib imannya?" tanya Rasulullah.

"Malaikat," jawab sahabat.

"Bagaimana para malaikat tidak beriman kepada Allah sedangkan mereka sentiasa hampir dengan Allah," jelas Rasulullah.

Para sahabat terdiam seketika. Kemudian mereka berkata lagi, "Para nabi."

"Bagaimana para nabi tidak beriman, sedangkan wahyu diturunkan kepada mereka."

"Mungkin kami," celah seorang sahabat.

"Bagaimana kamu tidak beriman sedangkan aku berada ditengah-tengah kau," pintas Rasulullah menyangkal hujah sahabatnya itu.

"Kalau begitu, hanya Allah dan Rasul-Nya sahaja yang lebih mengetahui," jawab seorang sahabat lagi, mengakui kelemahan mereka.

"Kalau kamu ingin tahu siapa mereka? Mereka ialah umatku yang hidup selepasku. Mereka membaca Al Quran dan beriman dengan semua isinya. Berbahagialah orang yang dapat berjumpa dan beriman denganku. Dan tujuh kali lebih berbahagia orang yang beriman denganku tetapi tidak pernah berjumpa denganku," jelas Rasulullah.

"Aku sungguh rindu hendak bertemu dengan mereka," ucap Rasulullah lagi setelah seketika membisu.

Ada berbaur kesayuan pada ucapannya itu

11 Jun 2010

Cerita Orang2 yang Soleh

kisah pertama: Kelebihan sangka baik.

Syeikh Abi Said al-Kharraz r.a berkata: Aku masuk ke dlm Masjidil Haram dan aku melihat seorang faqir sedang meminta sesuatu. aku pun berkata dlm hatiku "Perbuatan seperti ini menyusahkan manusia." Tiba2 dia memandang kearahku dan membaca ayat "Dan ketahuilah bahawa sesungguhnya Allah mengetahui apa yg ada yg berada di dalam dirimu maka hendaklah kamu berwaspada terhadapNya."(235: Al-Baqarah) Lalu aku pun beristigfar dalam hatiku. Maka dia memanggilku dan membaca ayat "Dan Dialah tuhan yg menerima taubat daripada hamba2nya dan memaafkan kesalahan2" (25: as-Syura) Kemudian dia hilang begitu sahaja dr pandangan.

ulasan: Firman Allah "Hai org2 beriman hendaklah kamu jauhi kebanyakan sangkaan buruk kerana kebanyakannya adalah memberi dosa..."(12: Al-Hujarat)

Kisah kedua: Karamah seorang wanita.

Setengah org solih berkata: Suatu hari aku berjalan di sebuah pendalaman bersama sebuahgerombolan. Aku melihat seorang wanita berjalan dihadapan gerombolan. Akupun berkata dlm hatiku "Wanita yg lemah ini mendahului gerombolan supaya tidak ketingalan." Aku mengeluarkan beberapa dirham daripada poketku dan aku berkata kepadanya "Ambillah duit ini. Bila gerombolan ini singgah dimana2 tempat, carilah aku supaya aku mencarikan tunggan untuk kamu naiki." Bila saja dia mendengar kata2ku terus dia menghulurkan tangan kearah langit dan tiba2 ditangannya ade beberapa dirham. Dia memberinya kepadaku dan berkata "Kamu ambil duit dari jaib(poket) dan kami ambilnya dr alam gaib."

Ulasan: Firman Allah "Dan Allah memberi rezki dr sumber yg tidak disangka2 kepada org yg bertakwa"(3: at-Tolak)

kisah ketiga: Keinginan yg tertunai.

Seorang syeikh berkata: suatu hari aku lalu di tepi sungai furat. Tiba2 aku teringinkan ikan yg lembut isinya. Dgn tak semena2 air meluahkan ikan kearahku dan seorang lelaki berlari ke arahku dan berkata "Boleh saya memanggangnya untkmu." Aku jawab "Ya" Dia memanggangnya dan aku pun memakannya.

Ulasan: "Dan sesiapa yg bertawakkal kepada Allah maka Dialah yg akan mencukupinya."(3: At-Tolak)

Kisah keempat: 1 dibalas 10.

Abu Ja'far bin al-Khottab berkata: Seorang peminta sedekah berada dipintu rumahku. Aku pun bertanya pd isteriku "Apa yg engkau ada?" Dia menjawab "4 biji telor" Aku pun terus berkata "Serahkan semuanya kepadanya" Bila sahaja peminta sedekah tadi pergi, seorang kawanku telah memberikan kepadaku bekas yg mengandungi telor. Aku bertanya kpd isteriku "Ade berapa telor?" Isteriku menjawab "3o biji" Aku pun berkata "Aik Aku bagi empat tapi yg datang hanya 30; macamane ni?" Isteriku menjawab "Semuanya 40 tapi sepuluh pecah." Dikatakan satu dr 4 yg diberi itu pecah.

ulasan: Firman Allah: "Sesiapa yg melakukan satu kebaikan maka dia akan mendapat 10 balasan seumpamanya."(160: Al-Anam)

Kisah kelima: Simati mentalqinkan sihidup.

Syeikh Najmuddin al-Asbahani r.h telah mengiringi jenazah seorang soleh di Makkah. Bila saja siap dikebumi maka org yg mentalkin duduk mentalkinkan mayat. Tiba2 Syeikh Najmuddin ketawa (sedangkan dia jarang ketawa). Maka temannya bertanya sebab beliau ketawa. Dia memarahi penanya dan menjwabnya selapas peristiwa itu "Aku ketawa hanyalah disebabkan apabila penalqin duduk utk mentalqin; aku mendengar jenazah itu berkata "Adakah kamu tidak pelik apabila org yg mati(hati yg mati) mentalqin org yang hidup (hati yg hidup).?"

Ulasan: Sabda Nabi s.a.w: "Perumpamaan org yg mengingati tuhannya dgn org yg tidak mengingati tuhannya adalah seumpama org yg hidup dan org yg mati.(hr Bukhari)

rujukan: Ruadur Rayyahin oleh Yafiie dan Tafsir Jalalain.

27 April 2010

Pakaikan Dirimu Pakaian Taqwa

Dicatat oleh
http://ummuhusna99.blogspot.com/2010/01/pakaikan-dirimu-pakaian-taqwa.html

“Kenapa muka Ummi berkerut-kerut tu?” Kak Long yang suka bertanya menghampiri saya. Saya menoleh memandang kepadanya. Tersenyum lantas kembali menatap gambar-gambar penuh warna ceria.

“Wah!Cantiklah…”tukasnya tiba-tiba. Belum pun sempat saya menjawab, bebola anak matanya lebih dahulu memandang skrin komputer. Teruja dan terpesona.

Bercorakkan motif floral abstrak dengan kombinasi satin warna ungu di bahagian dada, baju dari kain satin lembut warna hijau muda terang itu sangat menarik pandangan mata. Ditambah pula aksesori tambahan dari batuan mewah, baju itu cukup memukau dan indah. Itu tanggapan awal saya.

“Kak Long suka?”soal saya pula. Kak Long tersenyum lebar mengiyakan pertanyaan saya.

Memang cantik. Sebagai perempuan saya juga turut tertarik.

Cuma, ada kerisauan yang berdetik setiapkali saya menemukan gambar-gambar seumpamanya.

Memang perkara yang satu ini sungguh membimbangkan saya. Dari sehari ke sehari, perkembangannya merunsingkan hati. Kecamuk jiwa mengenangkan nilai Islam yang diletakkan bergandingan dengannya, sedangkan paparan yang ada menunjukkan ia sangat jauh dari ciri-ciri yang diharuskan agama.

Lebih-lebih lagi apabila pemakainya seakan-akan menonjolkan keindahan pakaian dengan bentuk tubuh yang masih jelas dapat diteroka oleh mata. Aduhai…

MELATA
Sudah lama sebenarnya saya memendam keinginan untuk berbicara sepatah dua mengenainya. Namun bak kata pepatah : Diluah mati emak, ditelan mati ayah. Serba salah.

Bukan saya tidak bersyukur. Bahkan saya akur, dek perkembangan fesyen pakaian Islam inilah, semakin ramai wanita Muslimah hari ini mengenakan tutup kepala. Bertudung dengan pelbagai cara dan gaya. Hal ini wajar mengembirakan saya dan kesyukuran ini dipanjangkan dengan tahmid kepada Allah SWT, Tuhan Yang Maha Kaya.

Saya masih ingat betapa sukarnya Muslimah dahulu berjuang mempertahankan komitmen mereka untuk memenuhi kehendak agama. Mahu berpakaian menutup aurat walau bukan sedikit tentangan dan cabaran yang diterima. Mereka diejek, digertak dan dipandang sebelah mata sama ada oleh pihak sekolah, majikan atau ibu bapa. Namun, semua itu tidak mengurangkan semangat mereka hingga bilangan yang ada bertambah dari semasa ke semasa.

Berkat kesungguhan dan kesedaran pelopor awal inilah, beransur-ansur Muslimah bertudung mulai diterima di kalangan masyarakat, dari peringkat rakyat bawahan hingga kepada isteri-isteri pimpinan.

Kesan dari itu, rekaan dan gedung pakaian yang menampilkan ciri Islam mulai berkembang bak cendawan tumbuh selepas hujan. Ia melatari persona dunia fesyen dengan meletakkan tuntutan syarak sebagai asas. Mendekati hati lembut wanita dengan variasi corak ilham perekanya. Melalui pelbagai tema.

Pesona Muslimah trendy terkini, Santun anggun menyerlah,
Sopan gaya kontemporari, Syari’e cantik tidak kalah.

Ya, dari suatu segi ia suatu perubahan yang amat membanggakan,namun dari sudut lain ia mewujudkan kebimbangan.

SALAH
Kebimbangan inilah yang melunturkan kegembiraan saya, bila melihat kepada penampilan pakaian yang tidak kena dengan namanya sebagai busana Muslimah yang sempurna.

Cuba anda lihat contoh pakaian di bawah ini.





Dan ini :


Sekali pandang, mungkin tidak ada apa-apa yang salah padanya. Labuhnya cukup menutup bahagian pinggul, berlengan panjang dan lengkap pula bertudung kepala. Akan tetapi, jika dinilai dari sudut ilmu dan kefahaman tentang ciri-ciri pakaian wanita Islam, ia sangat bercanggah dengan kebenaran.

Ciri-ciri yang digariskan di dalam Islam, berpandu al Quran dan Sunnah Rasulullah SAW ialah :

1. Menutup aurat sebagaimana sabda Baginda : Telah berkata Aisyah RA “Sesungguhnya Asma’binti Abu Bakar menemui Nabi SAW dengan memakai pakaian yang nipis. Maka nabi berpaling daripadanya dan bersabda “Wahai Asma’ , sesungguhnya apabila wanita itu telah baligh (sudah haid) tidak boleh dilihat daripadanya kecuali ini dan ini , sambil mengisyaratkan kepada muka dan tapak tangannya”


2. Tidak nipis sehingga nampak bayangan tubuh badan dari luar. Rasulullah SAW menegaskan di dalam sabda Baginda yang bermaksud :“Dua orang ahli neraka yang belum pernah saya lihat adalah, kaum yang memegang pecut bagai ekor lembu digunakan untuk memukul orang (tanpa alasan), orang perempuan yang berpakaian tetapi telanjang bagaikan merayu-rayu melenggok-lenggok membesarkan cemaranya bagaikan punuk unta. Mereka tidak akan masuk syurga dan tidak akan dapat mencium bau syurga, sedangkan bau syurga itu dapat dicium dari jarak yang sangat jauh” (Riwayat Muslim)


3. Tidak ketat atau sempit, tetapi longgar dan selesa dipakai. Ia menutup bahagian-bahagian bentuk tubuh terutama bahagian dada dan pinggul wanita, yang mengiurkan nafsu lelaki, mengecurkan keinginan syahwatnya dan seterusnya dapat menutup aspek kehaiwanan dari golongan itu.


4. Warna pakaian itu suram, tidak garang dan tidak terlalu terang. Tidak menyerlah atau menyilau pandangan, sehingga tiada bernafsu lelaki melihatnya ( terutama pakaian seperti jubah atau abaya). Menurut Ibnu Kathir di dalam tafsirnya pakaian wanita-wanita pada zaman Nabi SAW ketika mereka keluar rumah adalah berwarna hitam.



5. Tidak sekali-kali memakai bau-bauan yang harum, kerana bau-bauan ini ada pengaruhnya atas nafsu lelaki. Perempuan yang memakai bau-bauan ketika keluar rumah sehingga lelaki mencium baunya disifatkan oleh Rasulullah SAW sebagai zaaniyah, iaitu pelacur atau penzina. “Wanita apabila memakai wangi-wangian, kemudian berjalan melintasi kaum lelaki maka dia itu begini dan begini ( iaitu pelacur ). ” (Riwayat Abu Daud dan Tirmizi)



6. Tidak menyerupai ( bertasyabbuh ) dengan pakaian lelaki iaitu tidak meniru–niru atau menyerupai pakaian lelaki. Ibnu Abbas RA berkata: “Rasulullah SAW telah melaknat lelaki yang menyerupai wanita dan wanita-wanita yang menyerupai lelaki” (Riwayat Bukhari)



7. Tidak bertasyabbuh dengan pakaian perempuan-perempuan kafir dan musyrik.



8. Pakaian itu bukanlah bertujuan untuk libasush-shuhrah, iaitu untuk bermegah-megah. Menunjuk-nunjuk dan berbangga dengan gaya.


HATI YANG BELUM TUNDUK
Saya percaya, rata-rata di kalangan Muslimah hari ini, ramai yang terpelajar dan sedar akan perintah Allah SWT sebagaimana firman-Nya yang bermaksud :

“Katakanlah kepada wanita yang beriman: Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak daripadanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain tudung ke dadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka, atau putera-putera mereka, atau putera-putera suami mereka, atau saudara-saudara laki-laki mereka, atau putera-putera saudara lelaki mereka, atau putera-putera saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita Islam, atau budak- budak yang mereka miliki, atau pelayan-pelayan laki-laki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita. dan janganlah mereka memukulkan kakinyua agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan. dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, Hai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung.” ( Surah An-nur ayat 31 )

Dan firman Allah SWT yang bermaksud :

“Wahai Nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin, hendaklah mereka menghulurkan jilbabnya ke seluruh tubuh mereka. Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenal, karena itu mereka tidak di ganggu. Dan Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang." ( Surah al Ahzab ayat 59 )

Sudah jelas di dalam dua ayat di atas, Allah SWT dengan kebijaksanaan-Nya, mewajibkan setiap Muslimah mukminah, menutup seluruh anggota tubuh mereka. Melindungi lekuk-lekuk yang menggoncang sukma jejaka dan tidak memperlihatkan perhiasan melainkan kepada suami, ayah, bapa mertua, anak-anak dan lain-lain yang dibolehkan melihat aurat mereka.

Ia bermaksud sebagai preventif dan pelindung dari berbagai kerosakan. Ia bukan sekali-kali kekangan dan halangan untuk bergelandangan dalam aktiviti kemasyarakatan. Seorang wanita tetap dapat berinteraksi dalam linkungan sekitarnya dengan syarat ia harus menjaga kesopanan dan kewibawaan tanpa keluar dari batasan syariat Tuhan.

Orang-orang yang hati mereka terlindung dari kegelapan hidayah sering mengemukakan bahwa dengan pakaian cantik dan tampil bergaya, wanita memiliki keyakinan yang lebih untuk berdepan dengan suasana. Hakikatnya, mereka malu untuk keluar dengan gaya biasa-biasa. Mana mungkin penampilan seperti itu mampu melirik tumpuan mata?

Malang, hati-hati ini sebenarnya masih dahagakan pujian manusia. Justeru, busana muslimah yang disarung hanyalah kosmetik untuk kelihatan sopan semata-mata, bukan jujur untuk menjalankan perintah Yang Maha Esa.

PAKAIKAN DIRIMU PAKAIAN TAQWA
Kesimpulannya, dengan perkembangan pesat pelbagai model busana muslimah sekarang ini, bukan bererti kita tidak boleh menyukai atau memakainya. Kenakanlah ia pada tubuh, asal sahaja semuanya tidak melanggar piawaian Islam yang mulia.

Sebagai Muslimah beriman dan bertaqwa, seharusnya kita dapat menjaga hati agar busana muslimah yang kita kenakan tidak mengheret ke neraka. Sematkan niat yang ikhlas untuk mentaati perintah Allah dan jauhkan penyakit riak, ujub atau mencari populariti di kalangan manusia. Tunduklah demi cinta dan redha Allah semata. Benarlah firman-Nya yang bermaksud :

“Hai anak Adam, sesungguhnya Kami telah menurunkan kepadamu pakaian untuk menutupi `auratmu dan pakaian indah untuk perhiasan. Dan pakaian takwa itulah yang paling baik. Yang demikian itu adalah sebahagian dari tanda-tanda kekuasaan Allah, mudah-mudahan mereka selalu ingat” ( Surah Al-A’raaf: ayat 26 )

Sedarlah, andai wanita menjaga aurat dengan sempurna dari pandangan yang bukan selayaknya, bermakna dia bukan sahaja menjaga maruah dirinya, bahkan maruah wanita mukmin seluruhnya.

Sesungguhnya peringatan ini demi kasih sayang saya. Kerana kita adalah wanita.

Kerana dirimu begitu berharga, capai duniawi jangan lupa ukhrawi,
Pakaikan dirimu pakaian taqwa, demi jati diri muslimah sejati.

Mencari dan terus mencari cinta Ilahi.

Jumpa lagi, InsyaAllah.

27 Mac 2010

Valentine ??


Nabi bersabda, “Kamu akan mengikut jejak langkah orang-orang sebelummu sejengkal sejengkal dan sehasta sehasta sehingga kamu akan menuruti mereka walaupun mereka memasuki lubang-lubang biawak.” Sahabat bertanya: “Siapakah mereka itu ya Rasulullah?” Nabi menjawab: “Yahudi dan Nasara, siapa lagi.” (Riwayat Muslim)


Sebahagian umat Islam hari ini telah menjadi umat Islam pak turut atau lebih tepat menjadi umat lubang biawak berdasarkan hadis di atas. Mereka tidak lagi berbangga mematuhi landasan Islam sebaliknya lebih berbangga untuk meniru gaya dan cara hidup golongan Yahudi dan Nasara. Salah satu keramaian yang disambut oleh sebahagian umat Islam ialah sambutan hari Kekasih atau St. Valentine’s Day.

Asal usul hari Valentine sering kali dikaitkan dengan amalan golongan pagan jahiliah di zaman Rom Kuno dahulu. Pada bulan Februari mereka mengadakan keramaian yang dikenali sebagai Lupercalia untuk memuja tuhan Lupercus. Pada hari itu nama-nama gadis desa diletakkan dalam sebuah kotak dan setiap pemuda akan mengambil salah satu nama dari kotak tersebut secara rambang. Gadis yang terpilih akan menjadi kekasih pemuda itu sepanjang tahun.

Ketua paderi ketika itu, Paderi Gelasius 1, kemudiannya menjadikannya sebagai satu aktiviti agama Kristian dengan membuat beberapa pengubahsuaian. Antaranya dengan menggantikan nama-nama wanita dengan nama-nama tokoh Kristian di dalam kotak untuk dipilih dengan harapan masyarakat akan menjadikan tokoh-tokoh itu sebagai idola mereka. http://www.christianitytoday.com/ct/2000/februaryweb-only/11.oa.html

Mengikut Catholic Encyclopedia (http://www.newadvent.org/) Hari Valentine atau St. Valentine’s Day dikaitkan dengan tiga orang tokoh pejuang agama Kristian bernama Valentine, iaitu Valentine dari Terni, Valentine dari Rom dan seorang lagi dari Afrika. Wikipedia (en.wikipedia.org) memperincikan tentang ketiga-tiga tokoh ini. Valentine dari Terni ialah ketua paderi di Interamna (kemudiannya dikenali sebagai Terni) lebih kurang pada tahun 197 M. Beliau dibunuh oleh Maharaja Aurelian dan dikebumikan di Via Flaminia. Valentine dari Rom pula merupakan seorang paderi di Rom dan dibunuh pada tahun 269 M dan juga dikebumikan di Via Flaminia. Manakala tentang Valentine dari Afrika tidak banyak maklumat yang diketahui tentangnya.

Sebenarnya golongan Kristian Katolik mengiktiraf sebelas sambutan Hari Valentine salah satunya pada tanggal 14 Februari setiap tahun sehinggalah pada tahun 1969 apabila ia tidak lagi dianggap sebagai aktiviti rasmi Kristian Katolik.

Keputusan Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor menyatakan melalui Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor Kali 1/2006 pada 21 Februari 2006 bahawa amalan merayakan Valentine’s Day tidak pernah dianjurkan oleh Islam. Roh perayaan tersebut mempunyai unsur-unsur Kristian dan amalannya yang bercampur dengan perbuatan maksiat adalah bercanggah dan dilarang oleh Islam.

Para mufti di Malaysia juga telah bersepakat untuk memutuskan bahawa amalan meraikan Hari Kekasih tidak digalakkan oleh agama Islam seperti yang dibincangkan dalam Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia kali ke-71 yang bersidang pada 22 hingga 24 November 2005 yang lalu.

09 Januari 2010

Makan buah orang bukan Islam?

Soalan:

Apakah hukum kita memakan buah-buahan yang diberi oleh orang bukan Islam yang telah digunakan untuk sembahan (pemujaan) di tokong?


Jawapan:

Adalah haram memakan sebarang makanan yang telah digunakan sebagai bahan pemujaan sepertimana diharamkan memakan binatang yang disembelih
atas nama berhala untuk sembahan dan sebagainya walaupun binatang itu dari haiwan yang halal dimakan.


Al Maidah ayat 3

حُرِّمَتْ عَلَيْكُمُ الْمَيْتَةُ وَالْدَّمُ وَلَحْمُ الْخِنْزِيرِ وَمَا أُهِلَّ لِغَيْرِ اللّهِ بِهِ وَالْمُنْخَنِقَةُ وَالْمَوْقُوذَةُ وَالْمُتَرَدِّيَةُ وَالنَّطِيحَةُ وَمَا أَكَلَ السَّبُعُ إِلاَّ مَا ذَكَّيْتُمْ وَمَا ذُبِحَ عَلَى النُّصُبِ وَأَن تَسْتَقْسِمُواْ بِالأَزْلاَمِ ذَلِكُمْ فِسْقٌ الْيَوْمَ يَئِسَ الَّذِينَ كَفَرُواْ مِن دِينِكُمْ فَلاَ تَخْشَوْهُمْ وَاخْشَوْنِ الْيَوْمَ أَكْمَلْتُ لَكُمْ دِينَكُمْ وَأَتْمَمْتُ عَلَيْكُمْ نِعْمَتِي وَرَضِيتُ لَكُمُ الإِسْلاَمَ دِينًا فَمَنِ اضْطُرَّ فِي مَخْمَصَةٍ غَيْرَ مُتَجَانِفٍ لِّإِثْمٍ فَإِنَّ اللّهَ غَفُورٌ رَّحِيمٌ

Diharamkan bagimu (memakan) bangkai, darah, daging babi, (daging hewan) yang disembelih atas nama selain Allah, yang tercekik, yang terpukul, yang jatuh, yang ditanduk, dan diterkam binatang buas, kecuali yang sempat kamu menyembelihnya, dan (diharamkan bagimu) yang disembelih untuk berhala . Dan (diharamkan juga) mengundi nasib dengan anak panah, (mengundi nasib dengan anak panah itu) adalah kefasikan. Pada hari ini orang-orang kafir telah putus asa untuk (mengalahkan) agamamu, sebab itu janganlah kamu takut kepada mereka dan takutlah kepada-Ku. Pada hari ini telah Kusempurnakan untuk kamu agamamu, dan telah Ku-cukupkan kepadamu ni'mat-Ku, dan telah Ku-ridhai Islam itu jadi agama bagimu. Maka barang siapa terpaksa karena kelaparan tanpa sengaja berbuat dosa, sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.

02 Januari 2010

Melewatkan Solat


Kalau melambatkan solat tapi tidak sampai pada meninggalkan solat tersebut dalam berupa qadla', dan melambatkan itu bukan sengaja yang ceroboh (تعدي) maka hukumnya makruh saja, tergantung sampai mana dan bila ditinggalkan...seperti contoh, bagi solat Isyak, waktu makruh adalah diantara dua fajar yaitu fajar kazib dan sidiq...

ini diutarakan oleh Syaikh Ibn Hajar al-Haitami di dalam Tuhfahnya sebagai berikut:

"( تنبيه ) المراد بوقت الفضيلة ما يزيد فيه الثواب من حيث الوقت وبوقت الاختيار ما فيه ثواب دون ذلك من تلك الحيثية وبوقت الجواز ما لا ثواب فيه منها وبوقت الكراهية ما فيه ملام منها وبوقت الحرمة ما فيه إثم منها وحينئذ فلا ينافي هذا ما يأتي أن الصلاة غير ذات السبب في الوقت المكروه , أو المتحرى هو بها لا تنعقد ; لأن الكراهة ثم من حيث إيقاعها فيه وهنا من حيث التأخير إليه لا الإيقاع وإلا لنافى أمر الشارع بإيقاعها في جميع أجزاء الوقت فإن قلت ظاهر ما ذكر في وقت الفضيلة , والاختيار تغايرهما وقد صرحوا باتحادهما في وقت المغرب كما مر وفي قولهم في نحو العصر وقت اختيارها من مصير المثل إلى مصير المثلين وفضيلتها أول الوقت قلت الاختيار له إطلاقان إطلاق يرادف وقت الفضيلة وإطلاق يخالفها وهو الأكثر المتبادر فلا تنافي ومما يصرح بالثاني قولهم في كل من العصر , والصبح له وقت فضيلة أول الوقت , ثم اختيار إلى مصير المثلين , أو الإسفار فصرحوا بتخالفهما هنا جريا على الإطلاق الثاني "

Waktu subuh habis tatkala sudah terbitnya matahari....senang kata kalau dalam calender anti sudah menunjukkan waktu syuruq..then habis laa tuh...

berikut ibarat dari Ibn Hajar juga:

"( والصبح ) يدخل وقتها ( بالفجر الصادق ) ; لأن جبريل صلاها أول يوم حين حرم الفطر على الصائم وإنما يحرم بالصادق إجماعا ولا نظر لمن شذ فلم يحرمه إلا بطلوع الشمس ومن ثم رد وإن نقل عن أجلاء صحابة وتابعين بأنه مخالف للإجماع وإن استدل له بقوله تعالى { فمحونا آية الليل وجعلنا آية النهار مبصرة } الدال على أنه لا آية للنهار إلا الشمس المؤيد بآية { يولج الليل في النهار } الدالة على أنه لا فاصل بينهما ; لأن كل ذلك سفساف ومن ثم استبعد غير واحد صحة ذلك عن أحد يعتد به ( وهو ) بياض شعاع الشمس عند قربها من الأفق الشرقي ( المنتشر ضوءه معترضا بالأفق ) أي نواحي السماء بخلاف الكاذب وهو ما يبدو مستطيلا وأعلاه أضوأ من باقيه , ثم تعقبه ظلمة ( تنبيه ) في تحقيق هذا وكونه مستطيلا كلام طويل لأهل الهيئة مبني على الحدس المبني على قواعد الحكماء الباطلة شرعا من منع الخرق , والالتئام , أو التي لم يشهد بصحتها على أنه لا يفي ببيان سبب كون أعلاه أضوأ مع أنه أبعد من أسفله من مستمده وهو الشمس ولا ببيان سبب انعدامه بالكلية حتى تعقبه ظلمة كما صرح به الأئمة وقدروها بساعة , والظاهر أن مرادهم مطلق الزمن ; لأنها تطول تارة وتقصر أخرى وزعم بعض أهل الهيئة عدم انعدامه وإنما يتناقص حتى ينغمر في الفجر الصادق ولعله باعتبار التقدير لا الحس وفي خبر مسلم { لا يغرنكم أذان بلال ولا هذا العارض لعمود الصبح حتى يستطير } أي ينتشر ذلك العمود أي في نواحي الأفق وقد يؤخذ من تسمية الفجر الأول عارضا للثاني شيئان أحدهما أنه يعرض للشعاع الناشئ عند الفجر الثاني انحباس قرب ظهوره كما يشعر به التنفس في قوله تعالى { والصبح إذا تنفس } وعند ذلك الانحباس يتنفس منه شيء من شبه كوة , والمشاهد في المنحبس إذا خرج بعضه دفعة أن يكون أوله أكثر من آخره وهذا لكون كلام الصادق قد يدل عليه ولإنبائه عن سبب طوله وإضاءة أعلاه واختلاف زمنه وانعدامه بالكلية الموافق للحس أولى مما ذكره أهل الهيئة القاصر عن كل ذلك , ثانيهما أنه صلى الله عليه وسلم أشار بالعارض إلى أن المقصود بالذات هو الصادق وأن الكاذب إنما قصد بطريق العرض ليتنبه الناس به لقرب ذلك فيتهيئوا ليدركوا فضيلة أول الوقت لاشتغالهم بالنوم الذي لولا هذه العلامة لمنعهم إدراك أول الوقت فالحاصل أنه نور يبرزه الله من ذلك الشعاع , أو يخلقه حينئذ علامة على قرب الصبح ومخالفا له في الشكل ليحصل التمييز وتتضح العلامة العارضة من المعلم عليه المقصود فتأمل ذلك فإنه غريب مهم وفي حديث عند أحمد { ليس الفجر الأبيض المستطيل في الأفق ولكن الفجر الأحمر المعترض } وفيه شاهد لما ذكرته آخرا ومما يؤيد ما أشرت إليه من الكوة ما أخرجه غير واحد عن ابن عباس أن للشمس ثلثمائة وستين كوة تطلع كل يوم من كوة فلا بدع أنها عند قربها من تلك الكوة ينحبس شعاعها , ثم يتنفس كما مر , ثم رأيت للقرافي المالكي وغيره كالأصبحي من أئمتنا فيه كلاما يوضحه ويبين صحة ما ذكرته من الكوة ويوافق استشكالي لكونه يظهر , ثم يغيب وحاصله وإن كان فيه طول لمس الحاجة إليه أنه بياض يطلع قبل الفجر الصادق , ثم يذهب عند أكثر الأبصار دون الراصد المجتهد القوي النظر وذكر ابن بشير المالكي أنه من نور الشمس إذا قربت من الأفق فإذا ظهر أنست به الأبصار فيظهر لها أنه غاب وليس كذلك ونقل الأصبحي إبراهيم أن بعضهم ذكر أنه يذهب بعد طلوعه ويعود مكانه ليلا وهذا البعض كثيرون من أئمتنا كما مر وأن أبا جعفر البصري بعد أن عرفه بأنه عند بقاء نحو ساعتين يطلع مستطيلا إلى نحو ربع السماء كأنه عمود وربما لم ير إذا كان الجو نقيا شتاء وأبين ما يكون إذا كان الجو كدرا صيفا أعلاه دقيق وأسفله واسع أي ولا ينافي هذا ما قدمته أن أعلاه أضوأ ; لأن ذاك عند أول الطلوع وهذا عند مزيد قربه من الصادق وتحته سواد , ثم بياض , ثم يظهر ضوء يغشي ذلك كله , ثم يعترض : ورده بأنه رصده نحو خمسين سنة فلم يره غاب وإنما ينحدر ليلتقي مع المعترض في السواد ويصيران فجرا واحدا وزعم غيبته , ثم عوده وهم , أو رآه يختلف باختلاف الفصول فظنه يذهب وبعض الموقتين يقول هو المجرة إذا كان الفجر بالسعود ويلزمه أنه لا يوجد إلا نحو شهرين في السنة قال القرافي وقال آخرون هو شعاع الشمس يخرج من طاق بجبل قاف , ثم أبطله بأن جبل قاف لا وجود له وبرهن عليه بما يرده ما جاء عن ابن عباس من طرق خرجها الحفاظ وجماعة منهم ممن التزموا تخريج الصحيح وقول الصحابي ذلك ونحوه مما لا مجال للرأي فيه حكمه حكم المرفوع إلى النبي صلى الله عليه وسلم منها { أن وراء أرضنا بحرا محيطا , ثم جبلا يقال له قاف , ثم أرضا , ثم بحرا , ثم جبلا وهكذا حتى عد سبعا من كل } وأخرج بعض أولئك عن عبد الله بن بريدة أنه جبل من زمرد محيط بالدنيا عليه كنفا السماء وعن مجاهد مثله وكما اندفع بذلك قوله لا وجود له اندفع قوله : أثره ولا يجوز اعتقاد ما لا دليل عليه ; لأنه إن أراد بالدليل مطلق الإمارة فهذا عليه أدلة أو الإمارة القطعية فهذا مما يكفي فيه الظن كما هو جلي , ثم نقل أعني القرافي عن أهل الهيئة أنه يظهر , ثم يخفى دائما , ثم استشكله , ثم أطال في جوابه بما لا يتضح إلا لمن أتقن علمي الهندسة , والمناظرة وأولى منه أنه يختلف باختلاف النظر لاختلافه باختلاف الفصول , والكيفيات العارضة لمحله قد يدق في بعض ذلك حتى لا يكاد يرى أصلا وحينئذ فهذا عذر من عبر بأنه يغيب وتعقبه ظلمة ( ويبقى حتى تطلع الشمس ) لخبر مسلم بذلك ويكفي طلوع بعضها بخلاف الغروب إلحاقا لما لم يظهر بما ظهر لقوته ( والاختيار أن لا تؤخر عن الإسفار ) وهو الإضاءة بحيث يميز الناظر القريب منه ; لأن جبريل صلاها ثاني يوم كذلك ولها غير هذا , والأوقات الأربعة السابقة وقت كراهة من الحمرة إلى أن يبقى ما يسعها "





--------------------------------------------------------------------------------

01 Januari 2010

Hukum Memaki Orang


Sesungguhnya Allah Ta’ala tidak sekali-kali hendak menghina manusia didataran Mashyar dengan sejuta kesengsaraan, kecuali apabila manusia melupakan kemuliaan yg dikurniakan oleh Allah semasa hidup didunia dahulu, Tuhan juga tidak berhasrat untuk melepaskan kemarahan-Nya seperti yg berlaku dihari Mashyar, kecuali apabila manusia melupakan kasih sayang–Nya semasa didunia dahulu.

Allah Ta’ala memperjelaskan tentang kemuliaan yang telah dikurniakan kepada anak-anak Adam sebagaimana firman-Nya dalam surah al-Isra ayat 70:..yang bermaksud…

“Dan sesungguhnya telah kami muliakan anank-anak (keturunan) Adam, Kami angkut mereka didataran dan lautan, Kami beri mereka rezeki dari yang baik-baik dan Kami lebihkan dengan kelebihan yang sempurna atas kebanyakan makhluk yang telah Kami ciptakan”.

Dijelaskan juga sifat kasih sayang Allah dengan firman-Nya didalam hadith qudsi yang berbunyi:..yang bermaksud…. “Bahawa kasih sayang-Ku mengatasi kemarahan-Ku”.

Telah terbukti kasih sayang Allah terhadap hamba-Nya iaitu Allah SWT memberikan ganjaran pahala sepuluh ganda (malah ada yg seratus kali ganda dan juga hingga tujuh ratus kali ganda) bagi satu kebajikan yg dilakukan oleh seorang mukmin, sebaliknya Allah SWT hanya memberikan satu dosa kepada satu kejahatan yg dilakukan oleh seseorang itu. Ini bererti jika jumlah kebaikan dan kejahatan yg dilakukan itu sama, namun jumlah ganjaran pahala tetap mengatasi jumlah dosa.

Firman Allah SWT didalam surah al-Baqarah ayat 261….yang bermaksud…..

“Perumpamaan orang-orang yg menafkahkan hartanya di jalan Allah adalah serupa dgn sebutir benih yg menumbuhkan tujuh tangkai, pada setiap tangkai ; terdapat seratus biji. Allah melipat gandakan (ganjaran) bagi sesiapa yg dikehendaki. Dan Allah Maha Luas (kurnia-Nya) lagi Maha Mengetahui.

Tuhan sengaja menggandakan setiap kebaikan yg dilakukan oleh manusia sehingga tujuh ratus kali ganda semata-mata kerana Tuhan mengkehendaki agar manusia merasai betapa kasih sayang–Nya tetap mendahului kemarahan-Nya, bagi memberi peluang agar manusia tidak menghadapi kesengsaraan di hari Mashyar.

Lantaran itu Allah SWT meminimakan dosa manusia bagi satu kesalahan hanya berbalas satu dosa (kecuali dosa syiri’), inilah bukti bahawa Allah SWT telah menyediakan formula yg terbaik, supaya manusia akan sentiasa berat timbangan amal kebajikannya, agar terhindar dari kemurkaan Allah di akhirat kelak.

Apabila dimashyar didapati manusia timbangan dosanya lebih berat dari pahala, terbukti bahawa mereka telah mensia-siakan anugerah kasih sayang Allah yg tidak terhingga itu. Di mashyar manusia tidak boleh menyalahkan orang lain, sebaliknya mereka terpaksa menyalahkan diri sendiri atas kecuaian itu. Firman Allah didalam surah Al-Baqarah ayat 22; yang bermaksud………..

“Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang taubat dan menyukai orang-orang yang membersihkan diri”.

Manusia meskipun telah dikurniakan akal, namun keupayaan akal yg terbatas tidak mampu menyingkap dengan mendalam rahsia ketuhanan. Oleh yang demikian, Tuhan dengan rahmat-Nya telah menghantar para rasul yang membawa syariat Allah berteraskan aqidah tauhid, bagi menyelamatkan manusia dari terjerumus ke lembah syiri’ dan bertuhankan nafsu.Firman Allah dalam surah al-Baqarah ayat 119;..yang bermaksud………

“Sesungguhnya Kami telah mengutusmu (Muhammad) dengan kebenaran sebagai pembawa berita gembira dan pemberi peringatan…….

Dalam susunan ayat itu Allah menyatakan berita gembira terlebih dahulu,kemudiannya barulah peringatan yg menggerunkan. Ini bererti bahawa Allah mengkehendaki manusia merasa bahagia dengan kehadiran Rasulullah s.a.w yg membawa ajaran yg menyelamatkan manusia, tetapi sekiranya manusia tidak acuh terhadap Utusan Allah, sudah pasti dia akan melakukan perkara-perkara yg membawa kepada dosa. Oleh yang demikian, kehadiran Utusan Allah itu pasti akan memberikan peringatan atau khabar yang menakutkan, bahawa yang setimpal akan dirasai oleh golongan ingkar ini.

Allah SWT memuliakan manusia dengan mengutus nabi dan para rasul yang ditugaskan membawa ajaran kebenaran, kerana akal semata-mata tidak menjadikan manusia mulia tanpa bimbingan wahyu. Dengan itu manusia dianjurkan agar beriman dan mengikuti ajaran yang benar itu., supaya manusia dapat mengekalkan kemuliaan hingga ke akhirat, untuk menikmati balasan gembira dengan penuh kebahagiaan di dalam syurga, dan terlepas dari menerima kehinaan dengan menerima azab neraka di akhirat kelak seperti yang dikehendaki oleh para rasul itu. Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud….

“Demi diriku yg berada didalam genggaman-Nya sesungguhnya di akhirat kelak Allah SWT akan menemui setiap orang dan bertanya kepada mereka ; Bukankah Aku telah memuliakan kamu? Dan Aku telah mengurniakan pasangan hidup kamu? Dan telah Aku kerahkan semua benda, tumbuh-tumbuhan dan binatang untuk menjadi kemudahan kamu? Kemudian manusia ketika itu berkata ;Bahkan sesungguhnya aku mengaku wahai Tuhan .Kemudian Tuhan bertanya lagi; Adakah kamu pernah terfikir bahawa kamu akan bertemu Aku dihari Mashyar ini? Dan manusia mengaku ;Tidak wahai Tuhan ,sesungguhnya aku tidak pernah berfikir untuk bertemu Engkau.Kemudian Tuhan berfirman ; “Pada hari ini Aku akan melupakan kamu sebagaimana kamu melupakan Aku dahulu”

Hadith tersebut membayangkan bahawa Allah SWT telah menyediakan segala keperluan yg secukupnya untuk menjadikan manusia mampu menjaga taraf kemuliaan, justeru itu manusia ditanya semula oleh Allah;Tidakkah kamu telah dimuliakan ? Justeru manusia tidak dapat menafikan soalan tersebut, lantas mereka mengakuinya.Kerana para rasul telah dihantar kepada mereka untuk mengajar mereka tentang perkara yang mereka tidak ketahui.

Malah Allah SWT telah mengangkat dikalangan manusia para pemimpin dan para pembesar kau bagi menjaga kepentingan mereka didunia, manusia tidak dibiarkan tanpa pemimpin seperti anak-anak ayam kehilangan ibunya. Manusia tidak pernah dilupakan oleh Pencipta-Nya, tetapi mereka telah melupakan segala anugerah Allah yang amat berharga itu.

Tuhan menjadikan planet bumi suatu tempat yg paling nyaman bagi kehidupan manusia, dilengkapi dengan matahari sebagai pelita alam serta udara segar, dan juga bulan bintang untuk pedoman dan perhitungan hari. Ditambah pula dengan kekayaan hasil galian, seperti minyak, uranium, emas, besi, bijih timah, intan berlian, dan sebagainya. Kesemuanya merupakan bahan penting untuk survival hidup manusia, bagi menghasilkan bahan-bahan ciptaan melalui penciptaan peralatan canggih untuk kepentingan hidup.

Selain itu bumi merupakan tanah subur untuk pertanian, binatang ternakan, dan segala macam haiwan boleh dimanfaatkan,lautan yg kaya dengan sumber makanan berkhasiat, dan juga kaya dengan kemudahan pengangkutan untuk pengagihan rezeki bagi kesenangan hidup manusia.

Betapa pemurahnya kurniaan Allah yg meliputi keperluan rohani iaitu anugerah ilmu berasaskan wahyu yg dengannya bukan sahaja ia dapat membezakan dengan haiwan yg lain, malah dengan ilmu tersebut dapat mengangkat manusia ke tingkat yg tertinggi berbanding makhluk ciptaan Allah yg lainnya. Yang paling bernilai ialah ilmu berasaskan wahyu itu menjadi asas membina ketaqwaan yg tinggi, supaya hasilnya akan dikecapi oleh manusia didalam syurga kelak.

Tetapi apabila anugerah Allah itu dipersia-sia oleh manusia, sehingga manusia lupa hari pertemuannya dengan Allah SWT, maka akibatnya bahawa Allah SWT akan melupakan manusia dihari Mahsyar, dan membiarkan manusia dilanda kesengsaraan yang sangat dashyat.



--------------------------------------------------------------------------------

"kepada ALLAH jua ku KEMBALI"

28 Disember 2009

Alamat MIMPI




Hadis : Alamat Mimpi
Hadis :
Dari Abu Hurairah r.a, dari Nabi s.a.w sabdanya:"Apabila hari kiamat telah dekat, jarang mimpi seorang muslim yang tidak benar. Mimpi yang paling benar ialah mimpi yang selalu berbicara benar. Dan mimpi seorang muslim adalah sebahagian dari 45 jenis nubuwwah (wahyu). Mimpi itu ada tiga jenis:(1)Mimpi yang baik adalah khabar gembira daripada Allah, (2) mimpi yang menakutkan atau menyedihkan datangnya dari syaitan, (3) dan mimpi yang timbul kerana ilusi, angan-angan atau khayalan seseorang. Maka kerana itu jika kamu bermimpi yang tidak kamu senangi, bangunlah kemudian solat dan jangan menceritakannya kepada orang lain."
(Muslim)

Huraian :
Setiap daripada kita pernah mengalami mimpi. Mimpi yang hadir ada yang menyenangkan dan ada juga mimpi yang buruk. Namun tidak semua mimpi dapat ditafsirkan makna yang tersirat di sebaliknya. Adakalanya mimpi itu bagaikan angin lalu yang tidak meninggalkan kesan kepada kita dan tidak kurang juga mimpi yang kita alami itu benar-benar menjadi kenyataan. Mimpi bagi orang yang bertaqwa merupakan perkhabaran benar terhadap sesuatu yang akan berlaku. Contohnya, Rasulullah s.a.w tidak bermimpi melainkan mimpi-mimpi baginda menjadi kenyataan. Begitu juga dengan nabi-nabi yang lain yang mengalami mimpi yang benar seperti kisah yang melatarbelakangkan sambuatan perayaan Idul Adha. Nabi Ibrahim a.s bermimpi, lalu baginda menceritakan hal mimpinya itu kepada anaknya, Ismail, "Wahai anakku, aku bermimpi menyembelihmu. Bagaimana pendapatmu?" (as-Shaffat: 102). Kerana yakin mimpi itu datang daripada Allah S.W.T, maka nabi Ismail a.s merelakan dirinya dikorbankan. Allah menghargai kesetiaan hamba-hamba-Nya yang soleh ini lalu menggantikan Ismail dengan seekor kibas. Begitu juga dengan kisah Nabi Yusuf a.s. Diceritakan bahawa pada suatu hari nabi Yusuf mengkhabarkan kepada bapanya nabi Ya'qub,"Wahai bapaku, aku melihat sebelas bintang, matahari, dan bulan bersujud kepadaku." (Yusuf: 4). Ternyata mimpi ini membawa petanda baik bahawa nabi Yusuf akhirnya diangkat menjadi pemimpin yang berkuasa dan bijak. Namun mimpi bagi insan yang jauh dari keimanan kebanyakannya datang daripada syaitan. Jika mimpinya itu benar-benar menjadi kenyataan maka itu adalah sebagai peringatan daripada Allah SWT agar mereka yang jauh daripada kebenaran (hidayah) itu kembali dekat kepada-Nya.

27 Disember 2009

Bagaimana Melayari Internet dengan Kebersamaan Allah?




Internet merupakan senjata bermata dua, satu pendekatan yang mempunyai dua wajah yang bertentangan; dalamnya ada unsur peruntuh dan membina, memati dan menghidup, petunjuk hidayah dan godaan. Dan cara bagaimana ia digunakan adalah garis pemisah antara keduannya. Saya harap tidak keterlaluan jika saya katakan bahawa internet mempunyai daya tarikan, keberkesanan, mudah dicapai, dilayari dan bersifat intraktif yang menjadikan ia alat terkini dari segi kesan dan ruang cakupan. Ia melitupi bola bumi tanpa sekatan dan tandingan. Ia boleh dijadikan mimbar untuk orang Islam menegakkan hujjah keatas manusia dengan menyebarkan Islam dan menyampaikan dakwahnya kepada seluruh manusia diseluruh pelusuk alam.

Benarlah seperti firman Allah taala yang bermaksud: Supaya tidak menjadi hujjah manusia terhadap Allah selepas kedatangan rasul-rasul.(an Nisa’ 165)
Dan firman maksudnya: dan begitulah kami jadikan kamu umat pertengahan supaya kamu menjadi saksi kepada manusia dan rasul menjadi saksi keatas kamu.(al Baqarah 143).

Walaubagaimana pun kita sepatutnya mengetahui bahawa internet dipenuhi dengan segala jenis unsur yang rosak dan merosakkan dan syaitan jin dan manusia memuatkan rangkaian ini dengan berjuta-juta laman yang canggih dan cekap dengan seni mempedaya dan menyesatkan satu perkara yang tidak diterima akal dan sukar digambarkan.

Satu kajian yang disiarkan oleh majalah Time menunjukkan bahawa bilangan laman seks mencecah angka 650 juta laman pada tahun 1998 dan dianggarkan akan sampai 8 bilion pada tahun 2002. Salah satu laman ini memiliki 300,000 gambar lucah dan telah dihantar sebanyak lebih satu bilion kali???.

Manakala dari sudut perniagaan, satu kajian menunjukan bahawa sejumlah pembelian bahan lucah melalui internet mencecah 18 bilion dolar. Ini mendorong pengkaji Steve Waters berkata dalam komentarnya terhadap betapa besarnya bencana ini: “biasanya pelayaran internet bermula dengan cuba-cuba, kemudian ia berlarutan menjadi penagihan dan disertai dengan kesudahan yang sangat merbahaya”.

Semua itu perlu diletakkan dalam perkiraan apabila berbicara tentang internet, melayarinya dan berintraksi dengannya.

1. Sesaorang yang ingin melayari internet wajar membersihkan niat dengan betul dengan menetapkan terlebih dahulu tujuan sebelum memasukinya.
2. Mereka yang melayari internet sebagai alat untuk berhibur akan lupa diri dan tanpa disedari terheret ke pada kamatianya dalam keadaan ia tidak menyedarinya.
3. Kemudian duduk dihadapan internet dalam tempoh yang lama akan mensia-siakan pusingan hidup seluruhnya. Mereka akan mengabaikan tugas dan tuntutan untuk mendapat kebahagiaan didunia dan akhirat. Inilah kerugian yang nyata. Disamping ia juga akan menyebabkan kehilangan daya tumpuan dan menyebabkan akal bercelaru.
Adapun apabila kita melayari gelombang internet yang ganas dalam laut yang gelap dan dalam keadaan ditemani Allah bererti kita hidup dengan kebersamaan ini dalam setiap suasana, urusan, kondisi dan setiap masa.

Rasa kebersamaan ini bukan suatu yang boleh dipinjam-pinjam atau direka-reka… kerana itu, ia bukan datang dan pergi sebaliknya satu keadaan yang tetap terus berkembang tanpa kurang atau surut.

Merialisasikan kebersamaan ini sesaorang perlu mengekang nafsunya daripada hawa dan penyesatannya. Hawa harus ditolak dan nafsu sepatutnya dibimbing untuk menaiki tangga kesempurnaan, meninggalkan kealpaan, mengalahkan waswas dan mengatasi ajakan-ajakan syahwat. Kemudian dengan memelihara keberterusan “muraqabah” dan “muhasabah” serta mengekang nafsu dengan keazaman dan dipaksa dengan pekerti dan akhlak yang mulia, apa lagi dizaman yang penuh dengan fitnah dan keajaiban ini.

Seperti yang pernah diberi amaran dan ingatan oleh Rasulullah s.a.w secara khusus mengenai zaman tersebut dimana orang yang siuman menjadi bingun, perkara makruf menjadi mungkar dan mungkar menjadi makruf sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud: apabila dunia hampir kiamat akan berlaku fitnah seperti potongan malam yang gelap, fitnah seperti kepulan asap, dalam situasi itu hati manusia akan mati seperti matinya tubuh badan mereka, mereka beriman pada pagi hari dan kufur pada waktu petang, beriman pada waktu petang dan kufur pada waktu pagi antara mereka ada puak yang menjual akhlak dan agama mereka dengan habuan dunia.(hadis riwayat Ahmad)

Kita berdoa kepada Allah supaya memberikan kita kesihatan dan berterusan dalam keadaan afiat serta bersyukur dengan afiat tersebut. Kita mohon dari Allah kebaikan masa dan kebaikan mereka yang hidup pada zaman ini. Kita berlindung kepada Allah dari kejahatan zaman dan kejahatan mereka yang hidup pada zaman ini. Allah maafkanlah kami, ampunkanlah kami, perelokkan kesudahan kami dan pastikan pada waktu kematian kami, kami sedang melakukan kebaikan dan amal soleh. Amin ya rabba al alamin.

Oleh: Al-Ustaz Dr Fathi Yakan