18 Disember 2009
Menangis Kerana Takut pada ALLAH
Rasulullah bersabda:"Ketika tubuh seorang hamba bergetar kerana takut kepada Allah,bergugurlah dosanya bagai dedaunan jatuh dari pohonnya."
Ada seorang lelaki jatuh hati kepada seorang itu. Apabila keluar gadis itu untuk suatu keperluannya maka pergilah lelaki itu bersamanya.Sesampai di kampung yang sunyi,ketika semua orang telah tidur,lelaki itu menyampaikan maksud hatinya. Si gadis pun menyahut "Lihatlah apakah semua orang telah tidur semuanya?"
Lelaki itu pun memeriksa kawasan itu dan melihat sejenak. Dia mengira kehendak hatinya hendak dikabulkan. Segera dia menghampiri gadis itu dan berkata "Benar semua orang telah tidur. Lalu gadis itu bertanya, "Bagaimana pendapatmu tentang Allah? Apakah saat ini Dia juga tidur?" Lelaki tersebut menjawab, "Sesungguhnya Allah tidak pernah tidur." Gadis itu lalu berkata: "Sesungguhnya Zat yang tidak pernah tidur akan melihat kita meskipun manusia yg sedang tidur lelap tidak melihat kita.Oleh kerananya Dia lebih berhak kita takuti."
Dengan segera lelaki itu meninggalkan gadis tersebut kerana dia takut kepada Allah.Dia pulang ke rumah dan bertaubat. Setelah dia meninggal dunia ada seorang bermimpi bertemu dengannya. Lalu ditanya "Apakah yg dilakukan oleh Allah kepadamu?"Lelaki itu menjawab: "Allah telah mengampuniku kerana ketakutanku dan meninggalkan dosa itu."
Di dalam golongan Bani Israel ada seorang lelaki abid yang miskin dan mempunyai ramai anak. Dia ditimpa kecelakaan sehingga tak dapat mencari rezeki lagi, lalu dia memerintah isterinya agar mencari rezeki. Isterinya pun pergi ke sebuah rumah orang kaya lalu meminta sedikit makanan untuk keluarganya.
Orang kaya itu berkata,"Baiklah, tapi serahkan dirimu untukku walau barang sebentar. "Perempuan itu terdiam dan segera pulang. Setibanya di rumah,anak-anaknya meminta makanan. Hatinya tak tertahan. Lalu dia pergi berjumpa orang kaya itu lagi. Orang kaya tersebut bertanya,"Adakah engaku telah bersetuju dengan permintaanku?" Perempuan itu pun mengangguk.
Namun ketika berada dalam bilik yang sunyi, tubuh perempuan itu menggeletar seolah-olah seluruh anggota badannya hendak terlepas. Maka orang kaya pun bertanya: "Mengapakah engkau berlaku demikian?" Perempuan itu menjawab, "Sebenarnya aku takut kepada Allah." Berkata orang kaya itu, "Engkau telah takut kepada Allah bersama kefakiranmu. Maka semestinya aku lebih takut daripada engkau."Segera dihentikan keinginannya terhadap perempuan itu. Diberinya perempuan itu apa yang diminta. Dan perempuan itu membawa pulang nikmat yang melimpah sehingga keluarganya menjadi senang. Kemudian Allah memberi wahyu kepada Nabi Musa as : Katakan kepada fulan bin fulan, Aku telah mengampuni dosanya."Lalu Nabi Musa pun datang kepada orang kaya tersebut dan memberitahunya. Dan orang kaya pun menceritakan apa yang telah berlaku.
Allah befirman: "Maka jangan engkau takut kepada manusia dan takutlah padaku"(Quran :Al-maidah:44} Dalam ayat lain, surah Al Imran ayat 175 ,Allah berfirman,"Janganlah kamu takut kepada mereka dan takutlah padaku"
Pada suatu ketika, Umar bin Khatab jatuh pengsan semasa mendengar ayat al-Quran dibaca dan pada suatu ketika yang lain beliau mengambil sepotong kayu sambil berkata "sekiranya aku menjadi kayu tidaklah menjadi seperti ini dan sekiranya ibuku tidak melahirkan aku."
Beliau menangis teresak-esak. Air matanya mengalir membasahi pipi sehingga pada mukanya ada 2 garis bekas air mata. Sehingga Rasulullah pernah mengatakan,"Api neraka tidak akan menjilat orang yang pernah menangis kerana takut kepada Allah swt "
Pada hari kiamat seorang hamba dipanggil. Oleh kerana amalan buruknya lebih banyak dia diperintahkan masuk neraka. Kemudian sehelai rambut dipipinya berkata,"Ya Tuhanku, utusanmu Muhammad telah bersabda "barangsiapa menangis kerana takut kepada Allah, maka Allah mengharamkan mata itu dalam neraka."Dan sesungguhnya aku telah menangis kerana takut kepada Allah. Lalu Allah mengampun dan menyelamatkan dia dari api neraka".
Manakala dihari kiamat didatangkan api yg bergemuruh sehingga menggetar seluruh hati umat. Nabi-nabi berkata, "nafsi-nafsi"{sendiri-sendiri} manakala Nabi saw berkata "umatku umatku"."Keluarlah api itu bagaikan gunung. Umat muhammad cuba menolaknya dengan berkata demi orang yang bersolat,orang-orang shidiq,orang-orang yang berpuasa dan orang-orang yang khusuk, kembalilah engkau wahai api."Api hendak membakar umat Muhammad. Jibril menghampiri nabi dengan membawa segelas air sambil berkata:"Ambillah air ini dan percikkan ia ke api itu."Nabi percikkan air itu ke api.Lalu api itu padam.
Nabi menanyakan Jibril.."Air apakah ini?"Jibril berkata,"Itulah air mata umatmu yang menangis kerana takut kepada Allah."Rasullullah sering berdoa,"Ya Allah berilah aku rezeki dua mata yang menangis kerana takut kepada Engkau sebelum air mata ini habis." Maka barangsiapa ingin selamat daripada azab Allah serta mendapatkan pahala dan rahmatnya,hendaklah dia sabar atas kesulitan dunia,taat kpd Allah serta menjauhi maksiat."
Ayuh, sahabat-sahabat semua, keluarkan airmata mu untuk Allah SWT pada malam ini. Bangun untuk bersolat Tahajjud.
“Wahai orang yang berselimut, Bangunlah sembahyang Tahajjud pada waktu malam, selain dari sedikit masa (yang tak dapat tidak untuk berehat), Iaitu separuh dari waktu malam, atau kurangkan sedikit dari separuh itu, Ataupun lebihkan (sedikit) daripadanya; dan bacalah Al-Quran dengan “tartil” (dengan bacaan yang terang jelas dan betul menurut ilmu tajwid)”(Surah al-Muzzammil: 1-4)
Dan dalam hadis Nabi, Rasulullah s.a.w. bersabda, mahfumnya, "Sesungguhnya Rasullullah s.a.w. bersabda: Kerjakanlah qiam al-lail (sembahyang malam) kerana sesungguhnya ia amalan biasa dilakukan oleh orang-orang shaleh sebelum kamu dan sesungguhnya qiam al-lail itu mendekatkan diri kepada Allah, mencegah daripada membuat dosa, menghapuskan kejahatan-kejahatan, dan dapat menghindarkan daripada penyakit tubuh badan.” (Hadith riwayat at-Tirmidzi)
drpd Fitri Qathrunnada
Labels
Click if you like
Renungan
khadam Rasululllah S.A.W dari Nabi S.A.W,
sabdanya : Tiada beriman seorang
kamu hingga ia mencintai utk saudaranya apa yg ia cintai utk dirinya..
Diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim..
dari Abu Hurairah R.A bahawa Rasulullah S.A.W bersabada : Barangsiapa yg beriman kpd Allah & Hari Kemudian,maka hendaklah ia berkata akan yg baik atau hendaklah ia diam.. Dan barangsiapa beriman kpd Allah & Hari Kemudian, maka hendaklah ia muliakan jirannya. Barangsiapa beriman kpd Allah & Hari Kemudian, maka hendaklah ia muliakan tamunya..
Diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim..
Hadis
Ketahuilah bahawa Rasulullah SAW bersabda, mafhumnya:“Barangsiapa yang hari ini lebih bagus dari semalam, maka dia dari kalangan yang beruntung. Barangsiapa yang hari ininya sama seperti semalam, maka dia dari kalangan yang merugi. Barangsiapa yang hari ininya lebih teruk dari semalam, maka dia dari kalangan yang celaka”
4. Mahukah kamu aku beritahukan mengenai orang baik di kalangan kamu? Para sahabat menjawab: Ya Wahai Rasulullah. Baginda SAW bersabda: Apabila kamu memandang kepada mereka, kamu teringat kepada Allah. Kemudian Rasulul
lah SAW bersabda lagi, bermaksud: “Mahukah kamu aku beritahukan orang yang jahat di kalangan kamu? Mereka ialah orang yang suka melaga-lagakan antara dua orang, yang suka merosakkan hubungan kasih sayang antara mereka yang berkasih sayang dan suka mencari aib cela orang yang baik-baik.” (Hadis riwayat Imam Ahmad)