18 Disember 2009
Contact
Orang sekarang tidak boleh hidup tanpa handphone. Kalu tertinggal sanggup patah balik. Tapi jiakalau tidak solat tidak pula kita rasa takut atau gelisah. Kita tidak pula contact Dia.
Bateri Low
Mungkin masalah kita bateri low. Berapa kali kita charges diri kita dengan solat wajib atau sunat? Berapakali kita berjemaah di surau atau masjid, dengar tazkirah atau kuliah. Seminggu sekali kita pergi solat Jumaat pon, bukan ramai yang dengar khutbah, banyak yang tidur dan bersembang. Tengok muka pon, tahu tidak ada bateri, lemah semacam saja.
No Coverage
Mana tempat yang tidak Dia cover? Tidak kira kita berada di bulan atau di hujung alam, kita tetap dalam coverage Dia. Kita saja yang tidak ingat pada Dia, walhal Dia selalu ingat kat kita. Tempat hot spot pon banyak, surau dan masjid ada dekat semua tempat, cuma kita sahaja yang malas nak singgah, sombong betul kita.
Missed Call
Kalau ada missed call, tentu kita akan call balik sebab takut ader benda yang penting. Tapi kalau Dia call, kenapa kita buat tidak ahu saja. Lima kali sehari Muazzin melaungkan ringtone azan. Usahkan nak jawab, kalau boleh silent tentu sudah setkan.
Sim Card Problem
Kita pon ada sim card, hati kita. Contact number Dia kita save dalam sim card cuma tidak reti nak call Dia. Kalau call pon belum tentu dapat(nauzubillah), hendak buat macam mana sim card penuh dengan contact number dunia, setan dan nafsu. Tidak ada usaha nak upgrade dan baiki. Sudahlah kita lost contact, sesat sepanajng hayat. Kalau handphone rosak, buang dalam tong sampah, manusia rosak buang di mana? Buang di neraka lah.
beginilah kehidupan manusia zaman sekarang,
Bertaubatlah sebelum terlambat, kerana pintu taubat itu luas, sesungguhnya Allah itu Maha Penyanyang dan Maha Pengampun.
Labels
Click if you like
Renungan
khadam Rasululllah S.A.W dari Nabi S.A.W,
sabdanya : Tiada beriman seorang
kamu hingga ia mencintai utk saudaranya apa yg ia cintai utk dirinya..
Diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim..
dari Abu Hurairah R.A bahawa Rasulullah S.A.W bersabada : Barangsiapa yg beriman kpd Allah & Hari Kemudian,maka hendaklah ia berkata akan yg baik atau hendaklah ia diam.. Dan barangsiapa beriman kpd Allah & Hari Kemudian, maka hendaklah ia muliakan jirannya. Barangsiapa beriman kpd Allah & Hari Kemudian, maka hendaklah ia muliakan tamunya..
Diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim..
Hadis
Ketahuilah bahawa Rasulullah SAW bersabda, mafhumnya:“Barangsiapa yang hari ini lebih bagus dari semalam, maka dia dari kalangan yang beruntung. Barangsiapa yang hari ininya sama seperti semalam, maka dia dari kalangan yang merugi. Barangsiapa yang hari ininya lebih teruk dari semalam, maka dia dari kalangan yang celaka”
4. Mahukah kamu aku beritahukan mengenai orang baik di kalangan kamu? Para sahabat menjawab: Ya Wahai Rasulullah. Baginda SAW bersabda: Apabila kamu memandang kepada mereka, kamu teringat kepada Allah. Kemudian Rasulul
lah SAW bersabda lagi, bermaksud: “Mahukah kamu aku beritahukan orang yang jahat di kalangan kamu? Mereka ialah orang yang suka melaga-lagakan antara dua orang, yang suka merosakkan hubungan kasih sayang antara mereka yang berkasih sayang dan suka mencari aib cela orang yang baik-baik.” (Hadis riwayat Imam Ahmad)