21 Jun 2009

Kisah Teladan untuk Kita 1 & 2

Kisah-1

Ketika belajar di Universiti Kebangsaan Malaysia , Salleh (bukan nama
sebenar) telah bertemu jodoh dengan isterinya Siti Rahmah (bukan nama
sebenar). Salleh mengambil jurusan kejuruteraan manakala Siti Rahmah
Mengambil bidang perakaunan. Sekarang mereka telah 15 tahun berkahwin Dan
Dikurniakan Allah dengan 7 orang anak. Beberapa bulan yang lepas saya
Berkunjung ke rumah Salleh di Kajang. Kebetulan pada pagi Ahad itu selepas
Solat Subuh di Masjid Kajang saya bertemu dengan Salleh. Dia terus mengajak
Saya ke rumahnya. Dia menyewa rumah teres setingkat tidak jauh dengan
Masjid.

Saya mengenalinya sejak hampir 10 tahun yang lalu. Pagi itu tidak sedar Kami
telah berbual-bual hampir lima jam. Saya ingin berkongsi tentang Keluarga
Salleh ini yang pada saya satu contoh keluarga yang mendapat Keberkatan
Allah.

1.. Salleh bekerja makan gaji Dan pendapatan bersihnya sebulan kurang dari
RM3000.
2. Isterinya adalah anak sulung, walaupun berkelulusan ijazah namun menjadi
Suri rumah sepenuh masa atas kehendak Salleh. Sebagai penghargaan kerana
Isterinya sanggup tidak bekerja, Salleh memberikan RM300 sebulan kepada
Ibu-bapa mertuanya setiap bulan.
3. Di samping itu Salleh juga memberi kepada ibunya di kampung RM200
Sebulan. Bapa Salleh telah meninggal dunia.
4. Dia memiliki Toyota Unser dengan ansuran RM500 sebulan.
5. Dia membayar rumah sewa RM400 sebulan.
6. Di rumahnya serba lengkap dengan perabot (TV, Peti Sejuk, Mesin Basuh,
Set Sofa) serta teratur Dan kemas.
7. Pelik tetapi benar, bil elektrik di rumahnya kurang dari RM20 sebulan
Sedangkan jirannya tidak pernah kurang dari RM60. TNB dah buat pemeriksaan
Bahawa meter di rumahnya tidak rosak. Begitu juga dengan bil air kurang Dari
RM10 sebulan..
8. Empat orang anaknya dihantar ke sekolah agama integrasi.
9. Bayangkan dia boleh hidup dengan Selesa walaupun gajinya kecil jika di
Nisbahkan dengan keluarganya yang agak besar.

Sejak berkawan dengannya Ada beberapa perkara yang saya lihat jadi amalan
Dia yang patut di contohi;

1. Solat Duha menjadi amalan hariannya walaupun ketika pergi outstation
2. Solat Istikharah menjadi suatu amalan walaupun nak membeli benda yang
Kecil seperti nak membeli mesin basuh.
3. Sering membaca Surah Al-Waqiah
4. Tidak terlibat langsung dengan sistem Riba . Dia menggunakan Kredit Kad
Bank Islam.. Pinjaman kereta pun menggunakan sistem pinjaman Islam.
5. Buat baik kepada Ibu bapa Dan Ibu Bapa mertuanya ...
6. Suka menolong orang Dan memberi derma
7. Semua anak-anaknya mempunyai akhlak yang baik Dan jarang kena sebarang
Penyakit.
8. Dia dah empat tahun menggunakan Toyota Unser, sekali pun tidak pernah
Rosak atau menyusahkan nya.
9. Segala masalah yang dihadapi dapat diselesaikan dengan mudah Dan cepat.

Kisah-2

Ketika saya bujang dahulu saya sering menziarahi kawan saya, Norizam (bukan
Nama sebenar) yang tinggal di Masai Johor.. Pada Hari Ahad itu saya sampai Di
rumah Norizam selepas waktu Asar. Norizam memperkenalkan Abang dia, Rashid
(bukan nama sebenar) yang baru sampai dari Kuala Lumpur . Rashid Berkunjung
ke rumah Norizam kerana untuk menghadiri temuduga pada pagi Isnin di Johor
Baru.

Kawan saya Norizam ini, dalam beberapa hal dia tidak berpuas hati dengan
Abangnya. Kadang kala saya tidak suka mendengar dia merungut tentang
Abangnya. Petang itu Norizam merungut lagi iaitu abangnya datang untuk
Temuduga kerja sebagai Pengurus Besar (General Manager). Gaji Rashid
Sekarang ialah RM10,000 sebulan. Katanya tidak mencukupi. Dia akan minta
Gaji sebanyak RM14,000 sebulan untuk tempat baru ini.

Saya pun berasa hairan gaji RM10,000 sebulan tidak mencukupi sedangkan Hanya
mempunyai dua orang anak sahaja. Beberapa tahun kemudian baru saya Tahu
kenapa gaji abangnya RM10,000 tidak mencukupi.. Ini Ada kaitan dengan Tiada
keberkatan hidup.

Perkara-perkara yang pada pandangan saya menyebabkan Rashid jadi susah Ialah
seperti berikut;

1. Banyak sangat terlibat dengan sistem Riba . Pinjaman Kereta, Kad Kredit,
Pinjaman Rumah, Akaun Simpanan semuanya Sistem Konvensional (Riba)
2. Menggunakan banyak kad kredit konvensional kemudian bayar pokok sahaja.
Bermakna memakan riba yang berterusan.
3. Sering bertukar kereta sebab kereta selalu bermasalah walaupun kereta
Baru (Masalah kena curi Dan kemalangan jalan raya)
4. Sering bertengkar dengan isteri.
5. Isteri sering masuk hospital kerana penyakit misteri.
6. Anak perempuan sulungnya yang di tingkatan tiga kena tangkap basah.
7. Suka menengking jika Ada orang mintak derma.
8. Soal sembahyang lima waktu dipandang sebelah Mata sahaja.

Kedua-dua kisah ini adalah sesuatu yang lumrah berlaku di sekeliling Kita.
Kadang kala Kita tidak sedar langsung atau tidak menghiraukan langsung Untuk
mencari keberkatan hidup.