28 Jun 2009
Kisah Teladan untuk Kita 3
Saya hanya nak sampaikan sebuah cerita yang saya dapat, yang membuatkan hati
saya amat tersentuh. Cerita ini saya dapati selepas menghadiri sebuah usrah
umum di tempat saya baru-baru ini. Ustazah yang menceritakan ini sekarang
mengajar di KISAS.
Ceritanya begini...
Suatu hari, seorang ustazah travel, Dia singgah di rumah seorang
sahabatnya yang mana pasangan suami isteri tersebut adalah guru biasa.
Sisuami seorang guru penolong kanan. Beliau tiba di rumah sahabatnya ini
sekitar tengahari tapi belum zohor. Kedua-dua suami isteri ini masih di
sekolah. Walau bagaimanapun beberapa orang dari 8 orang anak mereka yang ke
semuanya lelaki yang mana yang paling tua dalam tingkatan satu & yang
paling muda masih bayi sudah pun pulang dari sekolah. Waktu zohor masuk,
abang yang tua mengajak semua adik-adiknya yang baru pulang untuk solat
berjemaah dengan dia sendiri sebagai imam.
Sewaktu dalam rakaat kedua, salah seorang adiknya yang berumur lingkungan 8
tahun pulang. Tanpa bertangguh tatkala melihat jemaah yang sedang solat, dia
mengambil wudhu' dan solat bersama jemaah, ia ikut ruku' apabila imam ruku'.
Dia ikut sujud apabila imam sujud. Dan selesai imam memberi salam,dia bangun
menyelesaikan satu rakaat solatnya yang tertinggal. Subhanallah. .. adik
yang berumur 8 tahun ini sudah pandai masbuk... ustazah yang melihat
terkejut dan kami yang mendengar mengucap memuji ALLAH. Bayangkan betapa
taatnya anak-anak yang masih kecil ini menunaikan perintah ALLAH tanpa
pengawasan kedua orang tua mereka atau mana-mana orang dewasa dan tanpa
disuruh-suruh. Cerita tak berakhir di situ..
Ustazah bermalam di rumah sahabatnya itu. Apabila subuh, ustazah menyangka
dialah yang paling awal bangun kerana
dia bangun selesai sahaja azan subuh berkumandang kalau saya tak lupa.
Takjubnya dia apabila ke bilik air dilihatnya anak-anak kecil sedang sibuk
ambil wudhu'. Bayangkan 7 orang budak lelaki dengan yang paling tua berumur
13 tahun dan yang ke tujuh ntah berapa tahun sibuk mengambil wudhu' di bilik
air di waktu subuh paling awal. Si ayah menunggu anak-anaknya di tikar
sembahyang dengan sabar sambil berzikir.
Mereka solat jemaah sekeluarga (termasuk ustazah). Sewaktu hendak mula
solat,si ibu meletakkan anak bongsunya yang masih bayi (yang sedang jaga) di
sisinya. Ajaibnya anak ini tidak menangis mengganggu jemaah sepanjang mereka
solat. Dan sekali lagi cerita tak berakhir di situ.
Ustazah tersebut ingatkan hendak sambung tidur kerana penat travel
semalamnya tak surut lagi. Alangkah terkejutnya dia apabila hendak melipat
sejadah, si ayah berpusing menghadap jemaah sambil berkata, "Anak-anak.. .
hari ni ayah nak beri kuliah mengenai solat dan puasa... ". Dan 8 orang anak
termasuk si ibu dengan tekun mendengar kuliah subuh yang disampaikan.
Subhanallah.. ... bila ditanya kepada si ibu mengapa didikan sedemikian
diberi kepada anak-anaknya? Dia menjawab bahawa itu persediaan dia dan
suaminya sebelum mati. Mereka berharap agar anak-anak lelakinya yang 8 orang
itu dapat membacakan sekurang-kurangnya fatihah untuk mereka jika
ditakdirkan mereka pergi dulu.. Lagipun anak-anak mereka semuanya lelaki...
Pasangan suami isteri ini tak sanggup melihat anak-anak mereka terabai tanpa
pedoman... cuba kita tanya diri kita sendiri...
-Berapa ramai keluarga Islam hari ini yang dapat mengamalkan solat jemaah
dalam keluarga ???
-Berapa ramai anak-anak Islam berumur 8 tahun yang pandai solat masbuk???
-Berapa ramai anak-anak berumur 13 tahun yang pandai mengimami solat
memimpin adik-adik mereka ???
-Berapa ramai ibubapa yang berjaya mendidik anak-anak mereka sedemikian rupa
yang taat melaksanakan perintah ALLAH tanpa suruhan dan pengawasan mereka
yang lebih dewasa ???
Subhanallah. .. Alhamdulillah. .. moga apa yang saya sampaikan ini menjadi
pedoman dan iktibar buat kita semua...
Labels
Click if you like
Renungan
khadam Rasululllah S.A.W dari Nabi S.A.W,
sabdanya : Tiada beriman seorang
kamu hingga ia mencintai utk saudaranya apa yg ia cintai utk dirinya..
Diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim..
dari Abu Hurairah R.A bahawa Rasulullah S.A.W bersabada : Barangsiapa yg beriman kpd Allah & Hari Kemudian,maka hendaklah ia berkata akan yg baik atau hendaklah ia diam.. Dan barangsiapa beriman kpd Allah & Hari Kemudian, maka hendaklah ia muliakan jirannya. Barangsiapa beriman kpd Allah & Hari Kemudian, maka hendaklah ia muliakan tamunya..
Diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim..
Hadis
Ketahuilah bahawa Rasulullah SAW bersabda, mafhumnya:“Barangsiapa yang hari ini lebih bagus dari semalam, maka dia dari kalangan yang beruntung. Barangsiapa yang hari ininya sama seperti semalam, maka dia dari kalangan yang merugi. Barangsiapa yang hari ininya lebih teruk dari semalam, maka dia dari kalangan yang celaka”
4. Mahukah kamu aku beritahukan mengenai orang baik di kalangan kamu? Para sahabat menjawab: Ya Wahai Rasulullah. Baginda SAW bersabda: Apabila kamu memandang kepada mereka, kamu teringat kepada Allah. Kemudian Rasulul
lah SAW bersabda lagi, bermaksud: “Mahukah kamu aku beritahukan orang yang jahat di kalangan kamu? Mereka ialah orang yang suka melaga-lagakan antara dua orang, yang suka merosakkan hubungan kasih sayang antara mereka yang berkasih sayang dan suka mencari aib cela orang yang baik-baik.” (Hadis riwayat Imam Ahmad)