08 Disember 2010
Mimpi Menjadi Kenyataan
Abu Bakar adalah antara orang yang awal memeluk agama Islam yang disampaikan oleh Nabi Muhammad SAW. Beliau menjadi orang kepercayaan Nabi Muhammad dan mendapat gelaran as-Siddiq yang bermakna "Orang yang Membenarkan".
Abu Bakar adalah teman akrab Nabi Muhammad. Beliau berketurunan Bani Taim, suku bangsa Quraisy yang terkenal sebagai pedagang yang berjaya.
Mata Aisyah terkebil-kebil menatap wajah ibunya yang berseri-seri kegembiraan. Beliau melihat dengan penuh tanda tanya, mengapa tiba-tiba sahaja sikap ibunya begitu ceria."Mengapa ibu?"
"Dalam mimpi tadi,ibu melihat sesuatu yang menakjubkan!"
"Bertenanglah ibu. Apa yang ibu mimpikan?"
"Ibu melihat bintang-bintang berguguran jatuh ke dalam bilikmu sehingga cahaya itu menyinari seluruh rumah dan negeri ini. Ibu memungut cahaya itu dan menyusunnya menjadi kalung yang bercahaya. Tiba-tiba, kalung cahaya itu terbang mengelilingi ruang rumah kita dan perlahan-lahan ia turun dan berpaut di lehermu!"
Aisyah tersenyum mendengar kisah mimpi yang diceritakan oleh ibunya. Namun cerita itu terganggu apabila suaminya tiba-tiba muncul dengan wajah yang berseri-seri.
"Mengapa pula wajahmu begitu ceria sekali?"tanya isteri Abu Bakar. Seri di wajahnya masih terserlah bersama senyuman anak gadisnya, Aisyah. Abu Bakar segera mendapatkan anak gadisnya Aisyah. Aisyah menatap wajah ibu dan ayahnya dengan penuh tanda tanya.
"Ayah ucapkan tahniah pada kurniaan Allah kepadamu!" Isteri dan anak gadisnya menatap wajah Abu Bakar. Mereka tidak sabar menunggu penjelasannya. Isterinya tersenyum tanpa mengetahui apa yang dimaksudkan oleh suaminya."Apakah maksud kata-katamu itu?"
Abu Bakar tersenyum lebar. Beliau menoleh ke arah anak gadisnya Aisyah. "Hari ini kamu dipinang oleh Nabi Muhammad! Inilah kebahagiaan di dunia dan di akhirat. Kamu menjadi ibu orang beriman. Di akhirat pula kamu menjadi penghulu wanita. Alangkah bertuahnya kamu!"
Hanya air mata yang mampu menggambarkan kegembiraan mereka anak-beranak. Aisyah menitiskan air mata syukur atas kurniaan Allah ke atasnya.
"Inilah tafsir daripada mimpiku tadi," bisik isteri Abu Bakar.
Selang beberapa waktu Abu Bakar dipilih bagi menemani Nabi Muhammad berpindah ke Madinah. Selama 3 hari mereka berdua bersembunyi di Gua Thur. Anak-anak Abu Bakar menjaga rahsia persembunyian itu. Aisyah membantu kakaknya Asma menyediakan bekalan makanan. Manakala saudara mereka Abdullah berulang alik setiap hari menghantarnya.
Selepas selamat tiba ke Madinah, Abu Bakar menguruskan perpindahan isteri dan anak-anaknya pula.Beberapa orang sahabat rapatnya diamanahkan membawa keluarganya ke Madinah. Kumpulan orang Islam Mekah yang berhijrah ke Madinah dikenali sebagai Muhajirin. Perbezaan cuaca di Madinah menyebabkan ramai kaum Muhajirin jatuh sakit. Mereka menghidap demam yang teruk. Aisyah turut sama merawat mereka terutamanya ayahnya,Abu Bakar.
Aisyah hanya berpeluang bersama suaminya selama sepuluh tahun sahaja. Pada tahun ke-11 Hijrah, Nabi Muhammad wafat. Jawatan pemimpin Islam kemudiannya dipegang oleh Abu Bakar, sahabat rapat Nabi Muhammad dan juga bapa mertuanya.
Kecerdasan akal Aisyah terserlah.Beliau mempunyai daya ingatan yang baik sejak kecil lagi dan banyak merekodkan hadis-hadis Nabi.Beliau menjadi tempat rujukan penting terutama dalam isu yang melibatkan wanita. Beliau juga mahir berpidato. Masanya diisi dengan mengembangkan kefahaman Islam di kalangan masyarakat dan menyampaikan pelbagai ilmu berkaitan dengan Islam.
Aisyah binti Abu Bakar meninggal dunia pada tahun 58 Hijrah. Ketika itu, pemerintahan Islam di bawah pimpinan Muawiyah bin Abu Sufian.
Labels
Click if you like
Renungan
khadam Rasululllah S.A.W dari Nabi S.A.W,
sabdanya : Tiada beriman seorang
kamu hingga ia mencintai utk saudaranya apa yg ia cintai utk dirinya..
Diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim..
dari Abu Hurairah R.A bahawa Rasulullah S.A.W bersabada : Barangsiapa yg beriman kpd Allah & Hari Kemudian,maka hendaklah ia berkata akan yg baik atau hendaklah ia diam.. Dan barangsiapa beriman kpd Allah & Hari Kemudian, maka hendaklah ia muliakan jirannya. Barangsiapa beriman kpd Allah & Hari Kemudian, maka hendaklah ia muliakan tamunya..
Diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim..
Hadis
Ketahuilah bahawa Rasulullah SAW bersabda, mafhumnya:“Barangsiapa yang hari ini lebih bagus dari semalam, maka dia dari kalangan yang beruntung. Barangsiapa yang hari ininya sama seperti semalam, maka dia dari kalangan yang merugi. Barangsiapa yang hari ininya lebih teruk dari semalam, maka dia dari kalangan yang celaka”
4. Mahukah kamu aku beritahukan mengenai orang baik di kalangan kamu? Para sahabat menjawab: Ya Wahai Rasulullah. Baginda SAW bersabda: Apabila kamu memandang kepada mereka, kamu teringat kepada Allah. Kemudian Rasulul
lah SAW bersabda lagi, bermaksud: “Mahukah kamu aku beritahukan orang yang jahat di kalangan kamu? Mereka ialah orang yang suka melaga-lagakan antara dua orang, yang suka merosakkan hubungan kasih sayang antara mereka yang berkasih sayang dan suka mencari aib cela orang yang baik-baik.” (Hadis riwayat Imam Ahmad)