13 Disember 2009
Pesan di Ambang Fitnah Al-masih Ad-Dajjal
Dengarkan pesan ini
Yang dititip dari zaman Sulaiman
Hingga ke penghujung zaman
Apakah dia yang kau gerun
Sedangkan Allah adalah Pelindung
Apakah dia yang kau lupa
Sedangkan semua konspirasi dunia dia yang merencana
Apakah dia yang kau sokong
Sedangkan dia pembinasa rohani dan jatidiri
Apakah dia yang kau cuba lari
Tanpa kau sedari jajahan takluknya segenap penjuru bumi
Apakah dia yang kau angkat menjadi raja
Sedangkan tempoh pemerintahan hanya 40 hari saja
Apakah dia yang kau cuba tentang
Sedangkan ajalnya ditangan al masih ibnu Maryam
Tunggulah saat dan ketikanya bila dia menjajah dunia
Kelak baru kau tahu betapa kelam sudah bermula
Hanya penjuru Makkah dan Madinah disekat segala langkah
Kau lelah dalam segala fitnah
Kau lolos dalam kesabaran
Semua teruji bila gendang tarinya berbunyi
Inilah ujian atas iman
Inilah ujian keyakinan
Amat hebat dan menggetarkan
Yang belum pernah dibayangkan
Yang paling dasyat pernah diberikan
Setiap nabi berpesan waspada jangan kau leka
Ketika zaman menghampiri kita lupa
Ketika dia tampil persiapan sudah tidak berguna
Maka dia muncul ketika kita tidak bersedia
Dia datang bagai rebut dan taufan
Belum sempat kita memaut anak dan keluarga
Habis semua dibawa pergi
Membawa ke alam illusi fantasi
Habis roboh kota iman
Habis runtuh benteng keyakinan
Yang tinggal hanya nafsu dan tipudaya
Hanya menanti cahaya al masih Ibnu Maryam
Dalam diam, tafakkur dan zikir
Selamat datang zaman fitnah dan kekacauan
Selamat tinggal kerapuhan iman
Selamat kamu semua mengharungi fitnah dan cabaran.
Labels
Click if you like
Renungan
khadam Rasululllah S.A.W dari Nabi S.A.W,
sabdanya : Tiada beriman seorang
kamu hingga ia mencintai utk saudaranya apa yg ia cintai utk dirinya..
Diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim..
dari Abu Hurairah R.A bahawa Rasulullah S.A.W bersabada : Barangsiapa yg beriman kpd Allah & Hari Kemudian,maka hendaklah ia berkata akan yg baik atau hendaklah ia diam.. Dan barangsiapa beriman kpd Allah & Hari Kemudian, maka hendaklah ia muliakan jirannya. Barangsiapa beriman kpd Allah & Hari Kemudian, maka hendaklah ia muliakan tamunya..
Diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim..
Hadis
Ketahuilah bahawa Rasulullah SAW bersabda, mafhumnya:“Barangsiapa yang hari ini lebih bagus dari semalam, maka dia dari kalangan yang beruntung. Barangsiapa yang hari ininya sama seperti semalam, maka dia dari kalangan yang merugi. Barangsiapa yang hari ininya lebih teruk dari semalam, maka dia dari kalangan yang celaka”
4. Mahukah kamu aku beritahukan mengenai orang baik di kalangan kamu? Para sahabat menjawab: Ya Wahai Rasulullah. Baginda SAW bersabda: Apabila kamu memandang kepada mereka, kamu teringat kepada Allah. Kemudian Rasulul
lah SAW bersabda lagi, bermaksud: “Mahukah kamu aku beritahukan orang yang jahat di kalangan kamu? Mereka ialah orang yang suka melaga-lagakan antara dua orang, yang suka merosakkan hubungan kasih sayang antara mereka yang berkasih sayang dan suka mencari aib cela orang yang baik-baik.” (Hadis riwayat Imam Ahmad)