08 Mac 2009

Kongsilah Perasaan Anda...

Perasaan kita boleh berubah-ubah. Anda mungkin merasa gembira, putus harapan, sedih, marah dan kecewa. Bila perasaan tidak dapat dikawal, ia akan menjadi masalah. Anda perlu menangani masalah tersebut dengan berkesan

Kenapa seseorang memendamkan perasaan

Malu
Takut menjadi bebanan kepada orang lain
Terlalu peribadi untuk dibincang
Berpendapat diri sudah matang dan tahu bagaimana untuk mengatasinya
Bimbang akan reaksi orang lain
Berpendapat tiada siapa mahu mendengar dan memahami
Takut dianggap lemah jika tidak dapat menyelesaikan masalah sendiri
Memikirkan ianya hanya perkara kecil sahaja

Bagaimana mengendalikan perasaan anda

Ketahui perasaan anda
Luahkan perasaan anda
Dengar pendapat orang lain tentang perasaan anda
Kongsi perasaan anda dengan pasangan hisup, ahli keluarga, rakan, jiran, pemimpin agama, ahli kelab, doktor, kaunselor dan lain-lain

Kebaikan yang Diperolehi Apabila Anda Berkongsi Perasaan

Merasa lega
Mengurangkan tekanan
Anda mungkin dapat mencari penyelesaian kepada permasalahan anda
Anda akan menyedari orang lain juga mempunyai masalah
Masih ada orang yang mengasihi dan mengambil berat terhadap diri anda